7 Pasukan Liga Malaysia Disahkan Mempunyai Masalah Gaji ‘Sangkut’

Posted on 4 views
Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Rezal Zambery Yahya hari ini mendedahkan kepada Berita Harian, terdapat 50 kes gaji sangkut melibatkan 7 pasukan Liga Malaysia masih belum diselesaikan sehingga kini.

Menurut laporan daripada media tempatan itu, sejumlah lebih setengah juta ringgit gaji pemain belum dilunaskan setelah Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengarahkan pasukan berkenaan menyelesaikan segera masalah itu.

Ia bukan sahaja membabitkan tunggakan gaji bagi tahun 2018 malah beberapa kes tahun-tahun sebelumnya juga gagal diatasi atas beberapa faktor termasuk sikap acuh tidak acuh persatuan.

PFAM harap presiden FAM yang baharu, Datuk Haji Hamidin memberi tumpuan kepada isu masalah pembayaran gaji.

“Isu ini serius kerana ia membabitkan periuk nasi pemain. Malah, dalam era profesional, masalah seumpama itu sepatutnya sudah tidak berlaku dalam bola sepak kita.

“Untuk tahun ini sahaja, walaupun FAM sudah menguatkuasakan beberapa peraturan ke atas pasukan yang bertanding, terdapat 35 aduan kes tunggakan gaji.

“Keseluruhannya, masih ada lebih 50 kes yang belum diselesaikan Jawatankuasa Status FAM termasuk kes tahun-tahun sebelumnya yang bernilai kira-kira RM500,000,” dedah Rezal kepada Berita Harian.

Menurut Rezal, PFAM selaku persatuan pemain bola sepak Malaysia berusaha sedaya upaya membantu pemain mendapatkan hak masing-masing namun kuasa mereka terbatas sebagai ‘orang tengah’ antara kedua-dua pihak sahaja.

Difahamkan kuasa menentukan tindakan terhadap sesuatu kes terletak sepenuhnya kepada FAM termasuk dalam memastikan keputusan itu dipatuhi oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.

“Namun terdapat kes, selepas keputusan dibuat oleh FAM, masih ada persatuan yang culas untuk melangsaikan tunggakan gaji dengan memberi pelbagai alasan.

“Dalam isu ini, saya sangat berharap FAM akan lebih bertegas dengan mengenakan hukuman lebih berat ke atas persatuan berkenaan bagi mengelak persatuan lain turut mengambil kesempatan,” katanya.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.