4 Pemain Inggeris Yang Menyinar Di Luar England (Bahagian 2)

Posted on 3 views
Sebelum ini kami sudah menceritakan mengenai empat pemain Inggeris yang menyinar di luar England iaitu Gary Lineker, David Beckham, Owen Hargreaves dan Steve McManaman.

Bagi yang masih belum membaca bahagian 1 mengenai empat pemain tersebut, anda boleh membacanya di 4 pemain Inggeris yang menyinar di luar England (bahagian 1).

Dalam bahagian kedua kali ini, dibawakan empat lagi pemain yang menyinar ketika beraksi di luar England.

4) Paul Ince

Ince jelas menikmati karier bola sepak yang indah ketika di Manchester United. Keputusan Sir Alex Ferguson melepaskannya ke Inter Milan pada tahun 1995 membuatkan segelintir penyokong setia mereka bingung dan terkejut dengan keputusan dibuat itu.

Ince telah memenangi 10 kejuaraan utama dalam enam tahun beliau di Old Trafford.

Ince melakukan penampilan sulungnya ketika menang 1-0 keatas Vincenza di Giuseppe Meazza dan berjaya membentuk gandingan tengah yang baik bersama Nicola Berti.

Musim pertama di Milan, Ince membantu Inter untuk menamatkan saingan Serie A ditempat ke-7 dan berjaya menempah slot ke Piala UEFA musim berikutnya.

Ince berjaya memainkan peranan penting buat Inter Milan pada musim 1996/97 apabila dapat membantu kelabnya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala UEFA dan menamatkan saingan liga ditempat ke-3.

Walaupun Presiden Inter Milan, Massimo Morrati mahu melanjutkan kontraknya, Ince menolak dan memilih untuk kembali ke England selepas dua tahun di Itali untuk bersama Liverpool.

3) Paul Gascoigne

Gascoigne memulakan kariernya bersama Newcastle United dari tahun 1985 dan kemudiannya berhijrah ke Tottenham Hotspur.

Di Spurs, beliau berjaya berjaya membantu penyerang legenda, Gary Lineker yang menyertai kelab tersebut pada musim kedua Gascoigne di White Hart Lane mencipta kegemilangannya.

Gascoigne kemudiannya berkelana ke Itali untuk bersama SS Lazio dari tahun 1992 hingga 1995. Nasib kurang baik menyelubungi kehadirannya ke Itali kerana dibelenggu dengan kecederaan serta masalah luar padang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.