2 Kad Merah Dilayangkan Pengadil Dalam Kemenangan JDT Di Darul Aman

Posted on 2 views
Kedah bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sudah ditabalkan sebagai juara unifi Liga Super Malaysia untuk musim 2018 di Stadium Darul Aman.

15 minit pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menghasilkan sebarang percubaan bahaya ke arah pintu gol.

Peluang terbaik dapat disaksikan menerusi Gonzalo Cabrera apabila tandukan beliau dari jarak 2 meter langsung tidak menepati sasaran.

Namun beberapa minit kemudian, beliau berjaya juga menjaringkan gol menerusi situasi 1 lawan 1 selepas menewaskan Ramdhan Abdul Hamid.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

JDT melebarkan kedudukan mereka kepada 2-0 menerusi Fernando Marquez selepas beliau menyempurnakan hantaran lintang yang kemas dari Azrif Nasrulhaq dari sebelah kanan.

Barisan pertahanan Kedah nyata rapuh apabila mereka sering saja berjaya ditembusi dengan mudah oleh barisan serangan JDT.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan terus berusaha untuk mencari gol.

JDT jelas masih lagi pasukan yang lebih dominan apabila berjaya menguasai bola dan merencana serangan ke arah pintu gol Kedah.

Namun begitu, Kedah telah meningkatkan permainan dan percubaan dari Baddrol Bakhtiar pada minit ke-61 tepat ke arah Farizal Marlias.

JDT terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Corbin Ong dibuang padang apabila mengutip kad kuning kedua.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Beliau menjatuhkan Rizal Ghazali dalam kotak penalti dan peluang menjaringkan penalti dari Paulo Rangel gagal disempurnakan dengan baik.

Perlawanan tertangguh pada minit ke-69 apabila Stadium Darul Aman mengalami masalah lampu limpah.

Perlawanan kemudiannya diteruskan selepas 18 minit tertangguh.

Kedah sekali lagi memperoleh sepakan penalti selepas Rangel dijatuhkan oleh Marcos Antonio.

Sandro Da Silva kemudiannya berjaya menjaringkan gol untuk mengurangkan defisit jaringan kepada 2-1.

Namun sejurus selepas jaringan dihasilkan, pengadil memberikan kad merah kepada Rangel yang melakukan kekasaran terhadap Farizal.

Secara keseluruhannya, JDT jelas pasukan yang lebih dominan apabila menguasai bola dan percubaan dalam perlawanan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.