2 Gol 2 Minit Terakhir Suarez Dan Messi Selamatkan Rekod Tanpa Kalah Barcelona

Posted on 6 views
Barcelona ketinggalan 2-0 di tangan Sevilla dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan.

Messi yang diletakkan di bangku simpanan selepas beliau baru sahaja cergas daripada kecederaan. Messi menyaksikan rakan-rakan beliau bergelut dalam perlawanan ini.

Sevilla di hadapan pada minit ke-36 menerusi Franco Vazquez. Sevilla menambah gol lagi pada minit ke-50 menerusi Lucas Muriel.

Sevilla kelihatan sangat positif dalam perlawanan ini dengan melancarkan beberapa siri serangan dan mencipta beberapa peluang.

Lionel Messi masuk pada minit ke-72. Barcelona hampir merapatkan jurang menerusi tandukan Ivan Rakitic yang sudah menewaskan Sergio Rico namun tiang menjadi penghalang.

Ketika Sevilla sudah berkira-kira menang ke atas Barcelona, kebangkitan 2 minit terakhir Barcelona dimulakan oleh jaringan Luis Suarez pada minit ke-88.

Suarez merembat masuk bola dari jarak dekat selepas beliau terlepas daripada kawalan pertahanan Sevilla.

Seminit selepas itu, giliran Lionel Messi melakukan percubaan dari luar kotak penalti yangb melencong ke penjuru rendah. Sergio Rico gagal menepis bola untuk menyelamatkan dari dibolosi.

Montella ternyata kecewa dengan kegagalan mereka untuk menang dalam perlawanan ini selepas mendahului 2 gol sehingga minit ke-88.

Lionel Messi sekali lagi menunjukkan magis beliau, menyelamatkan Barcelona daripada tewas pertama kali dalam La Liga musim ini.

Luis Suarez berkata selepas tamat perlawanan:

“Sevilla mencipta banyak peluang dalam perlawanan ini. Namun kami menunjukkan semangat dan maruah kami. Ini menunjukkan pasukan kami sangat kuat dalam aspek tersebut.”

“Tentang Lionel Messi, dia sudah menunjukkan siapa dirinya.”

Gol Messi itu adalah gol ke-76 Barcelona dengan 76 mata dalam La Liga setakat ini.

Source : Semuanya Bola

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.