YSDAF 2018 Anjur Kem Penyanyi-Penggubah Lagu Untuk Tangani Isu Sosial

Posted on 11 views

YSDAF 2018 Anjur Kem Penyanyi-Penggubah Lagu Untuk Tangani Isu Sosial MELALUI KARYA BARU

Menjelang kemuncak mega Yayasan Sime Darby Arts Festival (YSDAF 2018) yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti, YSD akan melancarkan sebuah acara satelit bertajuk “…And the Curtain Rises.”

Selari dengan tema inklusif festival itu, You, Me + The Arts, acara sampingan tersebut akan menampilkan komposisi asal yang mengetengahkan isu-isu sosial serta puncanya.

YSDAF 2018

Dua belas (12) penyanyi-penggubah lagu akan digabungkan untuk mencipta 12 karya baru dalam tempoh 12 jam. Hasil ciptaan mereka akan mengetengahkan masalah-masalah sosial yang mengungkit jiwa.

“Acara ini seakan-akan speed dating gaya penyanyi-komposer,” kata Ian Chow, penerbit bersama acara satelit tersebut.

“Walau bagaimanapun, berbanding dengan speed dating, penyanyi-penggubah lagu yang kami ‘jodohkan’ tiada pilihan dan setiap pasangan harus bekerjasama untuk menghasilkan lagu baru dalam masa 12 jam walaupun mereka tidak serasi. Ini adalah kerana setiap pasangan akan mempersembahkan hasil ciptaan mereka secara langsung di hadapan penonton umum. Bukan itu sahaja, dedikasi mereka juga akan dirakam secara ‘live’ untuk dijadikan sebagai CD,” katanya lagi.

Aturan artis acara ini juga tidak kurang hebatnya. Penyanyi-penggubah lagu seperti Aina Abdul, Brendan de Cruz, Beverly Matujal, Dickson Chai, Endee Ahmad, Fuad dari Kyoto Protocol, Isaac Ho, Melissa Toh, Nick Davis, Otam, Priscillia Xavier serta pasangan duo Shir Ling & Jacq Teng sudah sedia bertempur dalam acara ini.

Tema YSDAF 2018 kali ini akan menggambarkan bagaimana elemen kesenian mempengaruhi orang ramai dan sebaliknya. Dalam usaha untuk menjadi lebih inklusif, serta memperluaskan pengaruh sosial mereka, pihak penganjur turut bekerjasama dengan beberapa kumpulan sasaran seperti golongan kurang upaya dan kurang bernasib baik, para pelajar dan lain-lain. Ini merupakan lanjutan daripada tonggak Komuniti dan Kesihatan YSD, sebuah inisiatif awam yang mempelopori pelbagai program advokasi dan inisiatif kemasyarakatan yang bertujuan menjaga kesejahteraan golongan yang kurang bernasib baik atau sering dipinggirkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.