Yang Ini Lawak Baru Dari Kerajaan PH, Sama Ada Menteri Blur Atau Jenis Flip Flop Mengenai Harga Barangan

Posted on 1 views

Menteri Pakatan perlu menghadiri kursus untuk memantapkan pegangan mengenai pendirian yang diberikan kepada umum terutamanya bagi golongan wartawan. Ini bagi memastikan umum tidak terbelit dengan kenyataan Pak Menteri yang bercanggah dengan satu sama lain walaupun dalam masa yang dekat.

Begitu juga dengan kenyataan media yang diberikan oleh Menteri KPDNKK, Dato Saifuddin Nasution Ismail mengenai harga barangan. Kali pertama ditanya, beliau dengan yakin memberikan angka bahawa hampir 70% barangan keperluan mengalami penurunan selepas perlaksanaan cukai GST berkadar sifar.

Apabila ditanya buat kali kedua, Menteri berkenaan menjawab bahawa penurunan harga yang kecil menyebabkan punca Rakyat tidak merasa kesannya. Beliau bagaimanapun mengakui GST bukan sebab utama harga barangan naik biarpun itulah modal dan tohmahan yang digunakan terhadap Kerajaan BN sebelum PRU14.

Kali ketiga ditanya wartawan, Menteri yang berkenaan kembali kepada fitrah Pakatan Harapan iaitu menyalahkan orang lain. Kali ini mamak dipersalahkan. Menteri mendakwa 30% restoren mamak menaikkan harga barangan selepas perlaksanaan kadar GST sifar pada 01 Jun. Kita berharap wartawan tidak lagi bertanya soalan kenaikan harga barangan selepas ini. Kita pasti jawapannya adalah salah UMNO, salah BN dan salah Najib.

Source : Cucu Tok Selampit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.