Xavi Anggap Rakitic-Modric Pasangan Pemain Tengah Moden Terbaik

Posted on 3 views
Siapakah pasangan pemain tengah yang cukup hebat di Piala Dunia 2018 ketika ini buat anda?

Pilihan dan pandangan pastinya berbeza-beza, bukan? Namun bagi legenda Sepanyol iaitu Xavi, beliau memilih gandingan di antara Luka Modric dan juga Ivan Rakitic.

Bagi beliau, kedua-dua pemain ini merupakan pasangan pemain yang cukup baik yang mampu mendominasi bahagian tengah.

Ia juga telah mengingatkan dirinya kepada gandingan yang beliau miliki bersama Andres Iniesta.

“Mereka merupakan gandingan yang cukup hebat dalam bola sepak. Apa yang membezakan mereka dengan gandingan Xavi-Iniesta adalah kami ada Sergio Busquets menjaga hal-hal bertahan.”

“Bagi saya, Modric dan Iniesta adalah dua pemain tengah moden yang cukup lengkap yang ada di dunia ini yang pernah saya lihat.”

Menurut Xavi, beliau begitu senang melihat kelibat dua pemain tersebut merencana pergerakan pasukan Croatia ketika di atas padang.

“Mereka berdua mencipta rentak untuk pasukan Croatia.”

“Saya suka lihat bagaimana mereka berdua bermain, bagaimana mereka berdua bersama-sama menghargai satu sama lain.”

NIZHNY NOVGOROD, RUSSIA – JUNE 21: Ivan Rakitic of Croatia celebrates with teammate Luka Modric of Croatia after scoring his team’s third goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group D match between Argentina and Croatia at Nizhny Novgorod Stadium on June 21, 2018 in Nizhny Novgorod, Russia. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Xavi juga tidak keterlaluan untuk mengatakan gandingan Modric-Rakitic merupakan pewaris kepada gandingan Xavi-Iniesta tetapi dengan cara mereka sendiri.

“Rakitic merupakan antara pembelian terbaik Barcelona dalam masa terdekat ini.”

“Setiap hari beliau meningkatkan prestasi beliau dan tahu macam mana nak sesuaikan diri dengan kehendak pasukan. Sama juga kita lihat pada diri Luka Modric.”

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.