by

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PINDA PERLEMBAGAAN PAS

1. Bila membaca laporan media terpandang berita bahawa presiden parti suci kata antara sebab beliau menolak kerjasama dengan parti Amanah adalah kerana ada usaha dari pemimpin Amanah untuk pinda perlembagaan parti suci bagi mengurangkan peranan Majlis Syura Ulama’ parti itu sebagai badan tertinggi parti. 

Mak datuk. Senang je tuduh.

2. Beliau juga kata cadangan itu cuba dijadikan usul dalam muktamar parti suci 2015 tapi dibantah oleh akar umbi dan ditolak dalam AJK Pusat kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan parti suci.

3. Yang lagi best dia juga dilaporkan berkata cadangan meminda Perlembagaan parti suci itu bagi memudahkan kerjasama dengan parti lain khususnya DAP.

4. Saya ada baca beberapa komen mantan AJK saya dalam lajnah undang-undang dan guaman Pas Pusat ( yang saya Pengerusinya ) yang dakwa presiden parti suci itu menipu. Berat juga bila ulama yang dikata nombor 2 kat persada antarabangsa dituduh menipu.

5. Saya cadang jika presiden parti suci tu rasa tuduhan dia itu benar dan dia ada bukti kukuh , saya cadang beliau sebutlah siapa pemimpim Amanah yang beliau tuduh itu. 

Bukan apa , senang sikit kami nak saman beliau kaw kaw. Atau alternatifnya, kita berdebat berdua..nak tak? 

Pak Aji pilihlah tempat dan moderatornya. Saya ikut je insyaAllah. Anytime ..anywhere Pak Aji. Ini bukan isu nak tunjuk hebat tapi nak dedah kebenaran supaya orang tak keliru.

6. Jika beliau kata cadangan bagi meminda perlembagaan parti suci itu bagi memudahkan kerjasama dengan parti lain khususnya DAP , ia bukan sahaja dakwaan yang tidak ada asas sama sekali malahan tak logik langsung !.

7. Kenapa ?  Sebab sebelum dia dakwa itu , sudah berapa kali parti suci telah bertahaluf atau bekerjasama dengan pihak-pihak lain misalnya atas nama GERAK, BA (Barisan Alternatif ) atau APU (Angkatan Perpaduan Ummah ) . Tak perlu pinda perlembagaan pun? 

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed