WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: BTN TUNGGU MASA DIMANSUHKAN

Posted on 3 views
Biro Tatanegara (BTN) akan dimansuhkan dalam tempoh terdekat, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini.

“Kita tidak mahu BTN, ia akan dimansuhkan,” katanya pada forum bertajuk “Perubahan Landskap Politik dan Aspirasi Belia” di Sunway University, di Kuala Lumpur.

Syed Saddiq berkata demikian bagi mengulas langkah kerajaan untuk menutup BTN yang dikecam pihak tertentu sejak beberapa tahun lepas kerana mendakwa biro itu digunakan untuk memupuk doktrin perkauman serta ketaksuban dan hanya menguntungkan tuan politiknya.

Menyentuh mengenai perkara lain, Anggota Parlimen Muar itu berkata beliau komited terhadap cadangan agar usia layak mengundi diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

“Saya komited untuk menjadikannya suatu kenyataan dalam penggal pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) sekarang.

“Kita tidak boleh memandang rendah kebijaksanaan mereka berusia 18 tahun dan menilai lebih tinggi kebijaksanaan mereka berusia lebih 50 tahun,” katanya.

Syed Saddiq berkata sebaik sahaja Pakatan Harapan membuat pengumuman bahawa mereka yang berusia 18 tahun layak mengundi, insentif besar akan diberi kepada parti politik agar mereka mendampingi kumpulan itu.

“Minda pengundi muda adalah lebih terbuka, mereka juga terbuka kepada dialog dan forum serta berminat dengan Malaysia yang pelbagai kaum,” jelas beliau.

Bagamanapun, katanya konsep memperkenalkan identiti Malaysia dalam kalangan orang muda tidak akan tercapai sekiranya tiada pembaharuan institusi.

Source : WRLT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.