Vincent Kompany Mahu Lebih Banyak Kejayaan Dicipta Manchester City

Posted on 4 views
Ketua pasukan Manchester City, Vincent Kompany mahu kelab tersebut untuk membuktikan potensi penuh dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa beberapa tahun mendatang selepas berjaya menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Kejayaan itu tampil lebih awal selepas pencabar terdekat, Manchester United tewas mengejut 1-0 ditangan pasukan tangga tercorot, West Bromwich Albion di Old Trafford malam tadi.

Ini merupakan kejuaraan Liga Perdana Inggeris ketiga buat Kompany bersama Manchester City. Dua lagi kejuaraan yang diraih pemain antarabangsa Belgium ini adalah pada musim 2011/12 dan 2013/14.

Pada dua kejuaraan tersebut, Manchester City gagal untuk mengulangi pencapaian cemerlang pada tahun berikutnya bagi mempertahankan gelaran liga paling popular itu.

Ketika ditemubual wartawan Sky Sports selepas Manchester City dinobatkan selaku juara EPL, Kompany berkata: ”Saya mahu melihat pasukan ini mempertahankannya (EPL) dan menjadi lebih berjaya. Hari ini saya sangat gembira.”

”Saya mungkin orang pertama yang memikirkan tentang musim hadapan tetapi saya tetapi bersikap rendah diri yang ini bukanlah satu dinasti. Ianya hanya satu gelaran juara.”

Kompany

LONDON, ENGLAND – APRIL 14: Harry Kane of Tottenham Hotspur is challenged by Vincent Kompany of Manchester City during the Premier League match between Tottenham Hotspur and Manchester City at Wembley Stadium on April 14, 2018 in London, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

”Kami sangat gembira dan cemerlang tetapi masih terdapat banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum keseluruhan potensi kami ditunjukkan.”

Ketua pasukan itu juga turut memberikan penghargaan buat pengendali, Josep ‘Pep’ Guardiola yang telah memenangi kejuaraan EPL pada musim keduanya bersama kelab.

”Salah satu daripada perkara utama yang saya perhatikan dalam bulan pertama adalah jika saya berjumpa dengannya ketika berusia 18 atau 20 tahun, saya akan menjadi pemain yang sempurna buat dia dan mungkin akan dapat meningkat dengan lebih baik,” jelas Kompany.

”Mana-mana pemain yang bermain dibawahnya akan berjaya kerananya dan bagaimana cara dia memperbaiki individu pemain dan menyerlahkan potensi penuh mereka.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.