[VIDEO] ‘Time Will Heal’- Nazim Othman Kongsi Luah Rasa Hati

Posted on 9 views
Benar kata orang, selagi kita tidak merasai keperitan yang sama, susah untuk kita berempati dengan nasib seseorang itu.

Susulan pengumuman menggemparkan semalam, pelakon, Nazim Othman memuat naik video seakan-akan meluahkan rasa hatinya di laman Instagram miliknya, pagi tadi.

” Time will heal” tulisnya ringkas.

Video berdurasi 1 minit itu seperti menunjukkan bahawa Nazim kini sedang berusaha untuk menjadi kuat dan tabah setelah tragedi yang melanda dirinya itu.

Semalam, Nazim dan bekas isterinya, Bella Dally masing-masing mengeluarkan kenyatan bahawa mereka sudah sah bercerai.

Dalam pada itu, Bella pula sudah memberikan ‘hint’ sejak 3 hari lalu apabila memuat naik foto dirinya beserta kapsyen untuk ‘memulihkan’ dirinya.

“May is the month of revelation for me. Discovering the truth. About finding strength. About finding emotional health. About trying to understand things better.

“I choose to be silent and distant for my own well being. There’s no turning back. I need space to heal and find myself again. And what better way to do it in this holy month.

“May we taste the sweetness of Ramadhan, rejuvenate, correct our intentions and find what we’re searching for. Salam Ramadhan to all Muslims,” tulisnya.

Berikutan itu, netizen memberikan kata-kata semangat buat mereka berdua.

Apa yang MH boleh katakan kepada mereka berdua adalah mohon bertabah dengan semua yang terjadi ini. Ya, masa yang akan memulihkan semuanya. Jadikan bulan Ramadan ini sebagai bulan untuk memperbaiki diri sendiri. Amin.

Sumber: IG Nazim Othman dan Bella Dally

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *