(Video) “Ni la orang kata akai letak celah kangkang” – Aliff Syukri Dikecam Letak Patung Depan Rumah

Posted on 29 views

Haihlaah Dato’ Aliff! Kalau takde gosip melekat dengan Abang Terlajak Laris ni dalam satu hari memang tak sah kan? Kali ni pulak mengenai mahligai usahawan kosmetik ni yang dah siap dibina sepenuhnya beberapa minggu lepas tapi muncul pulak kontroversi sebab rekaan dalaman rumah ni dikatakan agak melampau. Ape yang melampau tu?

(Video) “Ni la orang kata akai letak celah kangkang” – Aliff Syukri Dikecam Letak Patung Depan Rumah
(Video) “Ni la orang kata akai letak celah kangkang” – Aliff Syukri Dikecam Letak Patung Depan Rumah

Menerusi video yang dimuat naik Dato’ Seri Aliff kat Instagram, dia dah berkongsi cerita membeli dua buah patung ukiran ala zaman Greek kuno yang dikatakan akan diletak kat bahagian halaman rumah. Tapi yang menjadi masalahnya, bukan ke orang yang beragama Islam tak boleh menyimpan patung menyerupai makhluk bernyawa dalam rumah? Haipp takkan Dato’ Aliff tak tau!ARTIKEL MENARIK: “Semakin hari semakin cantik…” – Selepas bergelar janda, Intan Liana ‘dihujani’ pujian dr netizen

Aliff Syukri Dikecam Letak Patung Depan Rumah

Tindakan jutawan ni dah mengundang pelbagai kecaman dan kutukan daripada netizen yang berceramah tentang soal haramnya meletakkan patung di rumah walaupun untuk tujuan hiasan. Ini antara kecaman yang Aliff terima:

Aliff Syukri Dikecam Letak Patung Depan Rumah

Walaupun begitu, Aliff ada jugak memberitahu tujuannya meletakkan patung tersebut sebagai simbol keselamatan seperti tentera Yunani yang menggunakan alat pelindung macam lembing dan perisai.

Namun penjelasan tu tak diterima netizen dan ada yang menegur bahawa malaikat takkan masuk ke dalam rumah yang ada patung hiasan. Emm macam mana tu? Kena rujuk ustaz ni Dato’ Aliff. 

Aliff Syukri Dikecam Letak Patung Depan Rumah

Papepun kami harap Dato’ Aliff fikir-fikirlah apa yang ditegur netizen tu. Tak salah excited nak hias rumah dengan macam-macam hiasan mahal sebab Aliff Syukri ni orang berada. Cuma lebih baik kalau usahawan kosmetik ni rujuk para ustaz dulu sebelum nak letak hiasan yang mencurigakan macam tu. Tak pasal-pasal kena kritik dengan netizen.

Aliff Syukri Dikecam Letak Patung Depan Rumah

Dato’ Aliff kena beli jaket kalis kecaman lah lepas ni sebab tak habis-habis jadi topik utama gosip! 

Tonton video Dato’ Aliff Syukri eksaited simpan patung depan rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.