(VIDEO) Elly Mazlein Dakwa Bekas Suami Ingin Penjarakan Dirinya?

Posted on 4 views
Masih bersemangat ingin menuntut nafkah tertunggak daripada bekas suaminya Azmi Hatta, penyanyi Elly Mazlein sebentar tadi memuat naik video yang agak mengejutkan dan mendedahkan bekas suaminya itu ingin memenjarakan dirinya atas alasan mendakwa Elly sebagai seorang ibu yang tidak bertanggungjawab.

Walaubagaimanapun, mujurlah perkara tersebut tidak akan berlaku  apabila mahkamah telah menolak tuntutan bekas suaminya itu. Elly merasa syukur kerana keadilan berpihak kepada dirinya.

Dalam pada itu, Elly turut mempersoalkan mengapa Azmi tergamak untuk memisahkan seorang ibu dengan anaknya. Mengapa juga bekas suaminya itu begitu susah untuk menunaikan nafkah yang tidak besar jumlahnya serta masih ingin terus menyiksa kehidupan beliau dan anak perempuan mereka, Putri Sara Sefhia. Jika perkahwinan terdahulu tidak menjadi, janganlah biarkan anak pula yang menjadi mangsa. Sebagai seorang bapa, cubalah bertanggungjawab untuk memberikan nafkah yang wajib ke atas anak anda.  Kami harap segala urusan Elly untuk mendapatkan hak anaknya itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Kekal tabah menghadapi dugaan demi anak tercinta.

TAGS: azmi hatta nafkah, azmi hatta tidak bayar nafkah, bekas suami elly mazlein, bekas suami mahu penjarakan elly mazlein, elly mazlein, elly mazlein azmi hatta, elly mazlein dan azmi hatta, elly mazlein hashtag, elly mazlein perli bekas suami tidak bayar nafkah, faye kusairi, kak lina, nafkah tertunggak, penjarakan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Source : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.