(Video) ‘Dia sering curang tapi saya abaikan demi anak-anak’

Posted on 5 views

“Dia percayakan sahabat baiknya dan akhirnya, suami dia curang dengan sahabat baiknya sendiri. Sebab itu kita kena hati-hati dan jangan terlampau senang percaya,” demikian tulis Faiz Ibrahim mengenai klip video luahan dari pelawak Indonesia yang menempa namanya di Malaysia. 

Vicha atau nama sebenar, Refika Novianti Faturohman, 28, merupakan anggota kumpulan Saywho yang sudah beberapa kali bertanding dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM). 

Semenjak kariernya semakin mendapat perhatian dan banyak menerima tawaran drama dan telefilem di Malaysia, Vicha dikatakan telah menetap di Malaysia sejak 2016 berbanding sebelum ini kerap berulang alik dari Jakarta – Kuala Lumpur. 

Namun di sebalik kesibukannya itu, rupanya ada yang mengambil kesempatan dan mengkhianati rumah tangganya yang telah lama dibina.

Dalam klip video yang dimuat naik oleh Faiz Ibrahim, Vicha meluahkan apa yang dilaluinya dalam progam “Di balik tawa’ ketika itu di mana dia kesal suaminya curang dengan rakannya yang diberi kepercayaan selama ini. 

“Apabila saya tinggalkan anak-anak di rumah, saya fikir dia (suami) ada untuk jaga. Saya biar dia jaga, saya minta tolong dia. Alhamdulillah saya dapat panggilan dari Malaysia. Rupa-rupanya, setiap kali saya pergi ke Malaysia, suami saya curang dengan sahabat saya sendiri, sahabat yang saya percaya. 

“Apabila saya berada di Malaysia, dia yang jaga anak-anak saya, tolong jaga rumah dan saya percayakan dia. Tetapi kawan-kawan saya yang lain sudah kata,

“Lihat, mereka curang dengan awak”

“Sebenarnya, sepanjang tiga tahu saya bersama suami saya, dia sering curang dengan saya. Tetapi saya abaikan demi anak-anak. Saya tidak mahu menjadi mangsa perceraian. Saya ini anak daripada keluarga yang berpecah belah. Saya tak pernah rasa kasih sayang ibu dan ayah serta duduk bersama-sama di dalam satu rumah. 

“Saya tak rasa perasaan sayang seorang ayah. Saya tidak mahu anak saya melalui semua itu. Jadi, saya tutup mata walaupun dia curang dan dia keluar dengan perempuan lain dan buat apa-apa pun. Yang penting kami tidak bercerai. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.