(Video) Berang anak suarakan hasrat berkahwin dengan gadis pilihan, bapa cungkil mata anak

Posted on 7 views

ISLAMAD – Seorang lelaki bernasib malang apabila hilang penglihatannya selepas matanya dikorek keluar dengan menggunakan sudu oleh bapa dan adik beradik lelakinya gara-gara mahu berkahwin dengan gadis pilihannya.

(Video) Berang anak suarakan hasrat berkahwin dengan gadis pilihan, bapa cungkil mata anak
(Video) Berang anak suarakan hasrat berkahwin dengan gadis pilihan, bapa cungkil mata anak

Mangsa, Abdul Baqi, 22, yang juga berasal dari Nasirabad di Wilayah Balochistan, Pakistan, dikatakan telah meminta keluarganya untuk menghantar rombongan meminang gadis pilihannya.Namun, bapanya yang berusia 79 tahun dan empat adik beradik lelakinya yang lain berang akan permintaan tersebut.

Jelas mangsa, “pada mulanya, bapa saya bersetuju. Namun, kira-kira tiga jam kemudian, saya dibawa masuk ke dalam bilik dan mereka mengorek keluar mata saya tanpa belas kasihan. Ibu saya turut dikurung kerana tidak mahu dia masuk campur dalam perkara itu.

“Malah mereka turut memberikan alasan mahu saya menjadi ‘contoh’ kepada pemuda lain di kampung kami.”

ARTIKEL MENARIK: ‘Itulah kali terakhir dia dilihat masih hidup’ – 3 kes bunuh yang pernah menggemparkan negara


Mangsa juga kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Karachi.Ekoran dari itu, kejadian ngeri tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis dan bapa bersama dua adik beradiknya telah ditahan manakala selebihnya masih diburu pihak berkuasa. Sumber: Daily Mail. Editor: AA

51526513817_MataDikorek.jpg
4C4E761200000578-5735165-image-a-20_1526
4C4E760000000578-5735165-Shocking_-m-22_
4C4E72B700000578-5735165-image-a-18_1526

via The Reportervia Wartawan Jalanan

—————————————————————–

Source : Bulletin Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.