TUTUP TAHFIZ, RAKYAT TUNTUT PENDIRIAN TEGAS KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

Posted on 3 views

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin menggesa kerajaan agar menyatakan pendirian tegas berhubung cadangan penutupan sekolah tahfiz oleh Tan Sri Zainuddin Maidin.

Dalam satu kenyataan media kepada UMNO-Online, Shahrul menegaskan cadangan Zainuddin menunjukkan beliau seorang yang bersikap prejudis terhadap golongan agamawan walaupun tidak dinafikan terdapat beberapa kes melibatkan sekolah tahfiz seperti buli, penderaan dan tahap keselamatan yang lemah.

Sebelum ini, Zainuddin melalui tulisan di blognya meminta Menteri Agama, Datuk Dr. Mujahid Yusof agar menutup sekolah tahfiz kerana tidak memberi harapan kepada generasi baru Islam dan penutupan sekolah tahfiz boleh membawa umat Islam keluar daripada jumud agama.

“Zainuddin terlalu naif kerana melihat sekolah tahfiz hanyalah tempat melahirkan seorang yang memakai kopiah atau serban yang duduknya di masjid seperti digambarkan kebanyakan orang.

“Berdasarkan rekod terdapat 1,000 sekolah tahfiz di seluruh negara dan 618 sekolah tahfiz yang berdaftar di bawah JAKIM. Sebelum PRU-14, kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib memperuntukkan sebanyak RM80 juta bagi menyelaraskan dan membangunkan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN).

“Sekiranya terdapat kelemahan di sekolah tahfiz, kerajaan melalui JAKIM sepatutnya mencari kaedah atau penyelesaian dengan merangka modul untuk memperkasakan sistem pendidikan sekolah tahfiz,” katanya.

Berikut kenyatan penuh beliau.

Tan Sri Zainuddin Maidin melalui tulisan di blognya meminta Menteri Agama, Datuk Dr. Mujahid Yusof agar menutup sekolah tahfiz kerana tidak memberi harapan kepada generasi baru Islam dan penutupan sekolah tahfiz boleh membawa umat Islam keluar daripada jumud agama.

Bagi saya, cadangan Zainuddin menunjukkan dia seorang yang bersikap prejudis terhadap golongan agamawan. Tidak dinafikan terdapat beberapa kes melibatkan sekolah tahfiz seperti buli, penderaan dan tahap keselamatan yang lemah.

Malah peristiwa kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat pada September tahu lalu yang mengorbankan 23 orang pelajar dan 2 guru masih segar dalam ingatan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.