Tun Mahathir: BR1M tetap diteruskan tapi ada syaratnya? Sebagai rakyat Malaysia adakah anda bersetuju dengan syarat ini

Posted on 8 views

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad memaklumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan.

Tun Mahathir: BR1M tetap diteruskan tapi ada syaratnya? Sebagai rakyat Malaysia adakah anda bersetuju dengan syarat ini
Tun Mahathir: BR1M tetap diteruskan tapi ada syaratnya? Sebagai rakyat Malaysia adakah anda bersetuju dengan syarat ini

Bagaimanapun beliau menegaskan, beberapa perkara dalam pemberian itu akan dikaji semula bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja akan menerima bantuan tersebut.“Kerajaan sudah bersetuju untuk meneruskan BR1M, cuma ia perlu dikaji semula kerana sebelum ini, ada yang tak layak, juga menerimanya.

ARTIKEL MENARIK: ‘Tun Mahathir Sekarang Amat Berbeza Dari Yang Dulu’ – Netizen

Image result for pakatan harapan tun mahathir

“Kita tak nak orang ramai menganggap BR1M sebagai rasuah atau umpan supaya rakyat menyokong kerajaan. Sebaliknya, BR1M adalah satu bentuk inisiatif untuk menangani masalah sosial,” katanya.

Tun Mahathir berkata demikian dalam sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Petaling Jaya, pada Khamis.

Sementara itu, ditanya mengenai operasi penggeledahan kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta malam tadi, Tun Dr Mahathir menjelaskan beliau tidak menerima sebarang maklumat tentang serbuan itu.

“Itu prosedur operasi standard (SOP) polis. Mereka sudah ada cukup bukti untuk melakukan serbuan, jadi mereka buat.

“Saya tidak dimaklumkan. Tetapi prinsip saya, tak ada penyeksaan (torturing). Semua akan dilayan dengan baik,” katanya.

Sumber: watan-online


Dr Mahathir beri bayangan BR1M akan diteruskan
Image result for pakatan harapan tun mahathir

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), memberi bayangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan jika parti campuran itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan kontroversi menyatakan bantuan tersebut kononnya sebagai rasuah kerajaan, berkata, BR1M akan dikekalkan jika bantuan itu didapati penting buat rakyat.

Namun katanya, BR1M itu perlu dijadikan sebagai bantuan berkanun berlandaskan undang-undang dan bajet.

“Jika didapati BR1M mustahak maka wang ini akan diagih oleh pegawai kerajaan. BR1M tidak boleh dimasukkan dalam mana-mana manifesto mana-mana parti (campuran).

Selain itu, Tun Mahathir turut mengumumkan parti tersebut akan bertanding dalam PRU14 sebagai parti komponen pakatan pembangkang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.