Tugas Sukar Menanti Anak Buah Bojan Hodak

Posted on 0 views
Beraksi di hadapan ribuan penyokong fanatik di Indonesia sentiasa akan membuatkan pemain lawan rasa gerun dan gugup setiap kali menentang pasukan negara itu.

Namun, itu bukan masalah terbesar bagi skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) yang dijadualkan bertemu skuad Garuda Muda itu pada aksi separuh akhir kejohanan AFF B-19 pada pukul 8 malam ini.

Pengendali skuad B-19 negara, Bojan Hodak, mahu anak buahnya memberi perhatian kepada tiga serangkai Indonesia, iaitu Egy Maulana Vikri, Saddil Ramdani dan Todd Rivaldo Ferre yang mampu mengucar kacirkan benteng pertahanan negara.

Bercakap kepada Astro Arena, Bojan menyifatkan ketiga-tiga tonggak tuan rumah itu dilihat memiliki kelebihan tersendiri dan mampu memberikan ancaman buat Malaysia sekiranya skuad negara tidak memandang serius kemampuan mereka.

Beliau sempat menyaksikan corak permainan Saddil dan Todd ketika perlawanan di peringkat kumpulan, namun tidak pasti sejauh mana kemampuan Egy Maulana Vikri yang baru pulang dari Poland kelmarin.

“Dia ibarat salah seorang bintang terbesar. Kami tidak tahu mengenai Egy tetapi dia telah ke Eropah dan itu satu perkara yang bagus.

“Dia mempunyai kualiti dan masih mampu meningkatkannya. Namun, belum tentu dia mampu menjelmakan aksi sebenar, bermakna perlawanan akan menjadi lebih menarik,” katanya kepada Astro Arena.

Bintang muda Indonesia, Egy Maulana Vikri memiliki kualiti yang tersendiri.

Untuk pertemuan malam ini, Bojan Hodak dijangka akan menurunkan pemain yang lebih cergas dan menyerlah bagi memastikan impian ke final menjadi kenyataan.

“Dalam aksi sebelum ini, Muhammad Arif Mohamed Anwar beraksi dalam 20 minit terakhir, Hadi Fayyadh Abdul Razak masuk ketika permainan berbaki lima minit. Jadi, mereka akan lebih cergas untuk beraksi dalam separuh akhir,” jelasnya.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.