Tuah Drama Nur, Nama Atiq Azman Mula Dikenali Ramai

Posted on 1 views

NAMANYA mungkin agak asing dalam industri seni tanah air tetapi selepas pembabitannya dalam drama Nur, Atiq Azman mula dikenali kerana kemerduan suaranya membaca ayat suci Al-Quran.

Baru-baru ini, Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah telah dijemput ke konti stesen radio Hot FM bagi mempromosikan drama Nur dan secara langsung videonya turut telah tular di media sosial.

Atiq Azman

Menerusi drama Nur, Afiq Atiq telah membawa watak sebagai Mirul iaitu adik kepada pelakon Syafiq Kyle dalam drama tersebut dan difahamkan dia sudah mula terlibat dalam dunia lakonan sejak berusia 16 tahun.

Dia yang kini sudah berusia 18 tahun itu memberitahu bahawa ketika dia mula mencuba nasib sebagai pelakon tambahan, dia pernah menjual sotong goreng di sekitar kawasan perumahannya iaitu dekat Cheras, Kuala Lumpur.

Atiq Azman

“Pada awalnya saya tak minat nak berlakon. Tapi ada satu hari tu, kawan saya yang suruh pergi tengok-tengok ada orang berlakon dekat area kedai saya.

“Masa itu, saya berniaga sotong goreng tepung. Bila dah pergi ke set penggambaran tu, ambil gambar dengan artis, barulah hati terdetik nak mencuba untuk berlakon.

“Jadi, saya cuba pergi uji bakat untuk jadi pelakon tambahan. Sejak itu, saya mula berlakon watak kecil-kecilan,” katanya ketika ditemui oleh pihak mStar Online.

Atiq Azman

Malah sebelum ini, Atiq juga pernah menjadi pelajar tahfiz di Kuala Lumpur dan Terengganu tetapi rezekinya di sekolah agama terhenti ketika dia berada di tingkatan tiga.

Selepas itu, dia mengambil keputusan untuk memasuki sekolah menengah biasa sahaja kerana tidak dapat meneruskan pembelajaran di sekolah tahfiz.

Atiq Azman

Dalam masa yang sama, Atiq juga sedang dalam perancangan bagi menyambung pelajarannya dalam bidang lakonan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Sokongan keluarga yang tidak pernah putus itu juga memberikan semangat yang tinggi kepadanya.

“Insya-Allah saya ada rancang nak sambung belajar di Aswara tapi belum pasti bila waktunya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.