Tohmahan Pemandu Teksi Boikot DS @NajibRazak Dan SPAD Tidak Benar

Posted on 10 views

Ini gambar ketika Perdana Menteri  DS Najib Tun Razak melangkah keluar dari majlis perjumpaan dengan pemandu-pemandu teksi di MAEPS, Serdang. Sambutan yang diberikan kepada Perdana Menteri amat hebat. 

Dewan masih penuh dan pemandu-pemandu teksi tidak berganjak untuk memberi penghormatan kepada Perdana Menteri. Dakwaan bahawa majlis pemberian kad Bantuan Teksi 1Malaysia (BT1M) yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah tidak benar.

Kejadian pada hari tersebut agak sedikit tercalar apabila pemandu-pemandu teksi tidak sabar untuk mendapatkan kad BT1M sebanyak RM800.  Walau bagaimanapun, kejadian ini hanya berlaku setelah Perdana Menteri meninggalkan majlis.

Kejadian ini berlaku kerana terdapat pemandu teksi yang menolak orang di hadapannya sehingga mencetus kejadian rempuhan palang yang disediakan oleh pihak SPAD.

Kedua, tohmahan dan fitnah yang mengatakan para pemandu menjadi marah selepas diberitahu kad bantuan hanya akan diberikan selepas pilihanraya, juga adalah tidak benar.

Dakwaan terebut adalah palsu kerana ribuan pemandu telah mengambil kad masing-masing selepas kad BT1M dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 13/04/2018 dan telah diaktifkan sebaik sahaja diambil oleh pemandu.  

Berikut adalah Kenyataan Media terbaru dari oihak SPAD:

MAKLUMAT TERKINI MENGENAI PENGAMBILAN KAD BANTUAN TEKSI 1MALAYSIA 

15 April 2018 

Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada para pemandu teksi terhadap Kad Bantuan Teksi 1Malaysia pada 13 April, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memaklumkan bahawa warga pemandu tidak perlu risau kerana SPAD telah menyediakan 67,000 kad bantuan untuk mereka.  

Tambahan pula, pemandu teksi diberi tempoh selama 3 bulan (dari 16 April sehingga 16 Julai 2018) untuk mengambil kad bantuan tersebut dari pejabat-pejabat cawangan SPAD seperti yang tertera di jadual di bawah. Segala urusan pengambilan kad ini adalah tertakluk kepada waktu pejabat dan hari-hari kelepasan am setempat. Tarikh dan tempat pengambilan untuk para pemandu di Sabah dan Sarawak akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak.  

Semua kad bantuan akan diaktifkan setelah diambil oleh pemandu teksi dan mereka boleh membelanjakan nilai sehingga RM800 untuk pembelian petrol dan NGV di stesen-stesen Petronas di seluruh negara. 

SPAD juga ingin menjawab segala tohmahan di laman media sosial yang mendakwa kononnya “para pemandu menjadi marah selepas diberitahu kad bantuan hanya akan diberikan selepas pilihanraya.” Dakwaan terebut adalah palsu kerana ribuan pemandu telah mengambil kad masing-masing selepas Kad Bantuan 1Malaysia dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Razak pada 13 April 2018 di MAEPS, Serdang; malahan kesemua kad telah diaktifkan sebaik sahaja diambil oleh pemandu.  

Jika dakwaan-dakwaan liar masih berleluasa, SPAD tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis agar penyebar-penyebar berita tersebut disiasat oleh pihak berkuasa.  

SPAD ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada persatuan-persatuan pemandu dan seluruh pemandu teksi yang telah meluangkan masa untuk hadir pada majlis berkenaan.  

Untuk maklumat lanjut mengenai Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, sila layari di sini. 

Bagi pertanyaan media, sila hubungi:
Bahagian Komunikasi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
+603 2726 7000
communications@spad.gov.myLAMPIRAN
Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di pejabat-pejabat SPAD bermula Isnin (16 April hingga 16 Julai 2018)
Pejabat SPAD Kelana Jaya (pada 16-18 April sila hadir di Stadium MBPJ Kelana Jaya bermula 10.00 pagi hingga 5.00 petang)
Pejabat SPAD Pulau Pinang
Pejabat SPAD Kuala Terengganu
Pejabat SPAD Johor Bahru
Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di cawangan-cawangan SPAD bermula Selasa (17 April hingga 16 Julai 2018)
Cawangan SPAD UTC Kuantan
Cawangan SPAD Melaka
Cawangan SPAD UTC Ipoh
Cawangan SPAD UTC Alor Setar
Cawangan SPAD UTC Kota Bahru
Cawangan SPAD Langkawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.