by

Tiada Alasan Mengapa Manchester City Tidak Boleh Kekalkan Kejuaraan

Pemain tengah dari Jerman, Ilkay Gundogan menyifatkan tiada alasan buat pasukannya, Manchester City tidak boleh untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi musim mendatang.

Gundogan juga berkata lebih banyak mahkota EPL yang akan dikecapi City selepas kejuaraan musim ini disahkan pada Ahad lalu.

Musim yang baik buat pengendali The Cityzens, Pep Guardiola yang berjaya membawa City menjuarai Piala Carabao dan juga EPL selepas dua musim berada di Stadium Etihad.

Bagi Ilkay Gundogan, 27 tahun, beliau meramalkan Manchester City akan mendapat penghormatan yang berterusan sekiranya mereka boleh meneruskan aksi bola sepak menyerang yang hebat seperti ditampilkan musim ini.

”Walaupun beberapa pemain kami telah memenanginya (EPL) sebelum ini, ini adalah kejayaan pertama buat sekumpulan pemain dibawah pengurus baru,” ujar Gundogan dalam laman web rasmi Manchester City.

Ilkay Gundogan

LONDON, ENGLAND – APRIL 14: Ilkay Gundogan of Manchester City scores his sides second goal from the penalty spot during the Premier League match between Tottenham Hotspur and Manchester City at Wembley Stadium on April 14, 2018 in London, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

”Langkah ini sentiasa sukar tetapi kami telah bekerja keras sepanjang musim dan kami gembira dapat mencapai kejayaan ini.”

”Kami telah membangun bersama dan terdapat banyak potensi. Apa yang kami perlu lakukan sekarang adalah bekerja keras dan percaya kepada keupayaan kami untuk terus berjaya.”

”Saya rasa dia (Pep Guardiola) adalah salah seorang jurulatih yang terbaik di dunia dan saya amat bersyukur dapat bekerja dengannya. Tetapi persaingan di England jauh lebih sukar berbanding di Jerman.”

”Kami mempunyai lima atau enam pasukan yang boleh untuk memenangi liga dan membuatkannya sangat sukar. Tetapi kami bercita-cita dan berhasrat untuk memenangi setiap perlawanan.”

”Jika kami terus dengan mentaliti sebegini maka tiada alasan kami tidak boleh meneruskan dengan cara begini. Kami dan Pep berkongsikan idea kami mengenai perlawanan.”

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed