The Bos Gaurus Akan Berdepan 3 Pasukan ‘Top 5’ Dalam Baki 5 Perlawanan

Posted on 5 views
Tampak seperti suatu misi yang sukar ketika ini, Perak perlu mempertahankan kedudukan kedua unifi Liga Super 2018 dengan baki perlawanan yang sangat mencabar.

Baki lima perlawanan liga menyaksikan The Bos Gaurus perlu bersemuka dengan tiga pasukan lima teratas liga iaitu bermula dengan JDT, Pahang dan juga pesaing rapat, Kedah.

Ketika ini, Perak berada di kedudukan kedua dengan 31 mata, hanya dipisahkan satu mata berbanding Kedah dan diikuti rapat oleh Pahang (28 mata) dan Terengganu FC (27 mata).

Walaubagaimanapun, mereka kini sedang melalui 4 perlawanan tanpa kalah dengan kekalahan terakhir direkodkan ialah ketika tumbang dua gol tanpa balas kepada JDT.

Mereka tidak tewas lebih sebulan yang lalu dan ini mungkin rekod yang baik untuk dijadikan asas buat skuad kendalian Mehmet Durakovic dalam mengukuhkan kedudukan liga.

Perak

“Ini misi hidup mati Perak, kami perlukan kemenangan untuk mencapai impian muncul naib juara,” ujar penolong pengurus Perak, Datuk Rashidi Ibrahim kepada Berita Harian.

“Saya yakin pemain Perak tahu tugas dan tanggungjawab mereka dalam perlawanan ini. Apapun, kami perlu hadapi satu persatu perlawanan ini agar tidak terasa bebanan,” jelasnya lagi.

Perak juga berpeluang untuk menangguhkan keraian JDT untuk mahkota kejuaraan Liga Super musim ini jika menang ataupun mengikat lawan tersebut di Stadium Perak.

“Kami sepakat menghalang JDT malam esok. Jika mereka hendak menang biarlah di Johor atau gelanggang lain, bukan di Ipoh,” tegas kapten Perak, Nasir Basharudin kepada Harian Metro.

“Cuma malam esok (hari ini) saya berharap segala-galanya berpihak kepada kami baik daripada segi persembahan serta tuah,” tambahnya lagi yang menagih kosentrasi rakan sepasukan.

Namun, jika JDT berjaya menewaskan The Bos Gaurus pada perlawanan malam ini, mereka akan mengesahkan kejuaraan lebih awal walaupun liga masih berbaki 4 perlawanan.

Ramai orang bercakap mengenai kami perlu menang dalam dua atau tiga perlawanan sahaja untuk menjadi juara liga. Bagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.