TERKINI. Kenyataan Berani Rais Yatim Ini Buat Ramai Ahli UMNO Cuak

Posted on 2 views

Rais Yatim baru-baru ni semakin menyerlah. Kenyataan berani beliau yang terkini ni buat ramai ahli UMNO mula cuak.

TERKINI. Kenyataan Berani Rais Yatim Ini Buat Ramai Ahli UMNO Cuak
TERKINI. Kenyataan Berani Rais Yatim Ini Buat Ramai Ahli UMNO Cuak

UMNO TETAP PARTI HARAMARTIKEL MENARIK: ‘Hilangnya Nilai Kasih Sayang’?! Ada Persoal Nilai Kasih Sayang Tun M, Seorang Jururawat Tampil Bagi Penjelasan Berdepan Situasi Kecemasan


Tan Sri Rais Yatim mengulangi pendiriannya bahawa Umno tetap parti haram meskipun sudah mengadakan pemilihan baru-baru ini.Bekas veteran Umno itu berpendapat surat penangguhan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetap tidak boleh dikira sehinggalah mahkamah memberi suatu penghakiman yang sahih.

Menurut Rais ini kerana surat ROS itu dianggap tidak sah, kecuali dibuat pindaan pada Seksyen 14, Akta Pertubuhan 1966 untuk membenarkan perkara itu.

“Biar Majlis Tertinggi memohon panduan perundangan, supaya kuasa pendaftar bawah Seksyen 14, Akta Pertubuhan dapat diberi penghakimannya yang sahih,” katanya.

Seksyen 14 Akta ROS merujuk kepada maklumat yang perlu diberikan oleh pertubuhan-pertubuhan, perintah pendaftar (ROS) supaya maklumat diberi, pendaftar (ROS) meluluskan audit dan perintah sementara (ROS) untuk pembubaran.

Pertikai Surat ROS

“Jika diiktiraf kuasa ROS, maka pindaan kepada Seksyen 14 Akta Pertubuhan sekurang-kurangnya harus dipinda iaitu mengatakan apa-apa pemanjangan yang dibenarkan ROS bersabit parti politik atau pertubuhan adalah sah.

“Jika itu tidak ada, surat ROS itu saya pertikaikan tidak sah sebab kuasa perlembagaan parti lebih besar daripada surat (penangguhan ROS).

“Jika begitu buat apa kita ada perlembagaan, habis satu fasa sambung lagi, habis satu fasa sambung lagi, jika ini berlaku maka jahanamlah parti politik itu di bawah telunjuk seseorang pegawai yang mengepalai persatuan iaitu ROS,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini, Khamis lalu.

Menjelang PRU14, Rais berkata Umno mesti mengadakan pemilihannya selewat-lewatnya, pada 19 April 2018.

Rais juga menggesa anggota Majlis Tertinggi Umno supaya tidak memandang remeh soal perlembagaan dan mendapatkan pengisytiharan mahkamah sama ada tindakan parti itu menangguhkan pemilihannya adalah sah.

Sebelum pemilihan parti 30 Jun lalu, kali terakhir Umno mengadakan pemilihannya adalah pada 19 Oktober 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.