by

Terbang Ke Hong Kong Dengan AirAsia, Tunjuk Boarding Pass, Dapat Diskaun Hebat!

Hong Kong mempunyai banyak tempat menarik yang sesuai untuk melancong terutama mereka yang ada anak-anak. Ada yang merancang nak melancong ke Hong Kong?

Jika ada, kami sarankan anda pergi antara 1 Mei hingga 30 Jun 2018 kerana pada tarikh ni boleh jimat banyak, lagi-lagi kalau anda merancang bercuti bersama keluarga!

Kami senaraikan pelbagai tempat menarik di Hong Kong yang ada diskaun dan boleh masuk secara percuma jika menunjuk tiket penerbangan semasa membuat pembelian tiket masuk.

1) Dukling

Dukling menjadi tempat tumpuan kerana mempunyai cruise, restoran terapung, tempat memancing ikan, dan juga rumah terapung.

Foto kredit : http://www.discoverhongkong.com

Tunjuk boarding pass anda semasa membeli tiket. Beli satu tiket dan dapatkan satu lagi percuma untuk orang dewasa manakala kanak-kanak dapat tiket percuma. Anda juga boleh menikmati 20% diskaun untuk barangan cenderamata.

2) Madame Tussauds Hong Kong

Madame Tussauds merupakan sebuah muzium yang mempamerkan patung lilin orang-orang terkenal di dunia. Dengan pembelian 1 tiket dewasa, boleh dapat 50% diskaun untuk tiket yang kedua dan percuma 1 keping gambar serta gambar 6R.

3) Ngong Ping 360

Foto kredit http://www.discoverhongkong.com

Ngong Ping 360 adalah tempat yang sangat sesuai untuk meneroka Pulau Lantau. Perlu menaiki kereta kabel selama 25 minit dari Tung Chung. Anda boleh dapatkan tiket masuk Free Motion 360 secara percuma dengan pembelian tiket pergi balik Crystal Cabin di Terminal Tung Chung Cable Car.

4) Noah’s Ark Hong Kong

Noah’s Ark Hong Kong merupakan tempat dimana terletaknya replika bahtera Nuh didunia yang sangat popular dikalangan pengunjung tempatan dan juga antarabangsa. Dengan pas masuk AirAsia, anda akan menerima 30% diskaun untuk tiket masuk.

5) Sky100 Hong Kong Observation Deck

Boleh melihat pemandangan Hong Kong di Sky100. Dengan pembelian tiket 2 tiket dewasa, dapat percuma 1 tiket kanak-kanak dan juga 50% diskaun untuk pengalaman 360 VR untuk kanak-kanak.

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed