Tengku Zulpuri tawar khidmat cemerlang di Parlimen Raub

Posted on 9 views
Bagai sirih pulang ke gagang; pengumuman Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji sebagai bakal calon DAP bagi mempertahankan kawasan Parlimen Raub (P80) menerima dokongan dan disambut baik pengundi kawasan ini.

Dengan rekod kerja yang cemerlang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakabmerangkap Ketua Pembangkang DUN Pahang, beliau percaya amanah yang diberikan parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini bakal meneruskan kecemerlangannya di Parlimen Raub.

Dengan sikap yang mudah mesra, kecemerlangan khidmat masyarakat yang diberikan di DUN Mentakab sebelum ini bukan sahaja diketahui masyarakat tempatan malah pusat khidmatnya sering dikunjungi oleh penduduk daripada kawasan-kawasan berjiran.

“Saya akan menggunakan pengalaman saya sebagai Adun Mentakab dan Ketua Pembangkang DUN Pahang dalam kempen PRU14 di Raub.

“Saya amat mengharapkan para pengundi di sini dapat memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat Di Parlimen Raub pula Kali ini,” katanya kepada Roketkini.

Menurut Tengku Zul, terdapat empat isu utama yang akan disuarakannya di Parlimen sekiranya diberi mandat pada PRU14 iaitu isu kekerapan gangguan bekalan air di Pahang, masalah kos sara hidup rakyat, kesesakan jalan raya dan peluang pekerjaan.

Tengku Zul ketika bersama masyarakat Orang Asli di Pos Lenjang.

“Saya percaya, kemenangan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan bukan sahaja mampu menyelesaikan isu-isu ini tetapi juga masalah ekonomi dan ketelusan secara keseluruhannya.

“Kita merayu kepada penduduk Raub khususnya dan seluruh rakyat Malaysia supaya memberi peluang kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir di Putrajaya,” katanya lagi.

Pada PRU13 lalu, DAP yang diwakili Datuk Mohd Ariff Sabri memperoleh 23,415 undi menewaskan calon BN Hoh Khai Mun dengan majoriti sebanyak 2,814 undi daripada 44,943 undi yang diperoleh.

Kawasan  ini menyaksikan sebanyak 50% pengundi Melayu, 40% Cina, 6% India dan lain-lain sebanyak 4% dengan mencatatkan jumlah pengundi berdaftar seramai 54,214.

Tengku Zul bukanlah tokoh yang asing bagi rakyat di Raub. Beliau yang ketika itu Timbalan Pengerusi DAP Pahang lantang mengkritik ‘pelaburan berisiko’ kerajaan BN Pahang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.