by

[TEMERLOH] SAMBUT BAIK TAPI TIADA RUNDINGAN

Sambut baik tapi tiada rundingan

Umno Bahagian Temerloh tetap menyambut baik individu yang bertanding atas tiket calon Bebas kerana menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Ketua Umno Bahagian, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin memberitahu, pihaknya tidak akan membuat sebarang rundingan atau perjumpaan dengan individu yang bertanding atas calon Bebas.

Bagaimanapun, beliau meminta calon yang bertanding memikirkan motif perjuangan mereka.

Beliau mengulas mengenai bekas Ketua Pengarang Berita TV3, Khaidir Ahmad, 56, yang mengumumkan bertanding kerusi Parlimen Temerloh sebagai calon Bebas pada Sabtu lalu.

Source : Portal Pahangku

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed