‘Tanda keempat, isteri pandang saya lama-lama dan beri senyuman manis yang terakhir kalinya’

Posted on 1 views

Seperti kita ketahui, kematian merupakan rahsia Allah. Namun demikian, tanda-tanda kematian dapat dirasai oleh orang yang hampir dengan si mati setelah si mati  beberapi hari meninggalkan dunia. Alangkah beruntungnya kita jika pasangan kita meninggalkan kita di dalam keadaan yang tenang.

Faid Norazmi merupakan suami yang bertuah dikurniakan seorang isteri yang solehah. Isterinya baru sahaja meninggal dunia. Pada awalnya dia tidak menyedari kelakuan pelik isterinya, namun setelah isterinya meninggal, dia mula tersedar bahawa itulah tanda-tanda isterinya mahu meninggalkannya buat selama-lamanya.

Dia redha dengan ketentuanNya dan menasihati kepada pasangan di luar sana agar menghargai pasangan masing-masing dan sama- sama mencari keredhaan Allah.

“Tanda-tanda kematian seorang srikandi hati”

“Pada 10 Februari 2018 bersamaan hari sabtu, Allah gerakkan hati ayang untuk berkhidmat buat kali terakhir pada suami dan anak” 

Hari ini genap sebulan di mana hari ayang menunjukkan beberapa tanda ayang akan pergi buat selamanya. Sewaktu ayang masih ada, abang tak perasan itu adalah tanda-tanda pemergianmu. Namun, setelah sehari selepas ayang pergi baru abang perasan.

Coretan saya pada kali ini mungkin agak panjang. Semoga kalian tidak bosan membacanya dan semoga ia membawa manfaat dan pengajaran buat kita semua.

Tanda pertama yang abang mula perasan, sebelum abang pergi exam ayang tiba-tiba tanya abang nak makan apa dan ayang bersungguh-sungguh tanya abang nak makan apa, sebab ayang memang nak masak special untuk abang. 

Tetapi abang tak memilih dan abang tak kisah, janji abang dapat makan masakan ayang. Pada hari tu, ayang masak ayam masak merah dan tauhu jepun sos tiram. Abang tak sangka itu adalah masakan yang terakhir ayang untuk abang.

Tanda kedua, ayang nak pergi pasar. Pada mulanya ayang ajak mak pergi pasar, sebab mungkin ayang tengok abang sibuk study. Tetapi last minit ayang cancel nak pergi dengan mak dan ayang mintak abang teman. 

Ayang cakap dengan abang kita dah lama tak dating sama-sama. Tetapi sebenarnya kita selalu je keluar berdua sama-sama. Abang tak tahu macam mana ayat tu boleh keluar dari mulut ayang. Ternyata, itu adalah kali terakhir kita keluar bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.