Taktikal 3-5-2 Southgate & Peranan Bek Sayap England

Posted on 6 views
Banyak yang boleh diperkatakan mengenai skuad England, terutamanya dari segi perubahan taktikal sejak Gareth Southgate mengambil alih jawatan pengurus The Three Lions pada 30 Jun 2016 yang lalu.

Setahun setengah diberikan masa untuk Southgate untuk membentuk sebuah England Baru; menggantikan England yang sering dilabel sebagai ‘gagal’ di pentas antarabangsa.

Cabaran England

Dimalukan oleh Iceland dua tahun yang lalu di Euro 2016, harus dijadikan pengajaran kepada England ketika berhadapan dengan Panama yang melakukan debut dalam kejohanan ini.

Namun lebih sukar buat England ialah Belgium yang turut dibarisi senarai pemain yang bukan asing di kalangan pemain England sendiri.

Satu lagi pasukan yang mampu menjadi kuda hitam di dalam Kumpulan G ialah Tunisia. Sebarang unsur kejutan pasti tidak dialukan oleh England.

Salasilah sistem England

Ketika mengemudi England melalui pusingan kelayakan ke Rusia, Gareth Southgate menggunakan formasi 4-3-3/4-5-1 yang kemudiannya berubah menjadi 4-2-3-1.

Namun di dalam tempoh itu, dua perlawanan telah mengubah persepsi dan falsafah bola sepak Southgate untuk England.

gareth southgate, england

Pengurus England, Gareth Southgate. Foto: Getty Images.

Pertama, ialah ketika England seri 2-2 menentang Scotland di Hampden Park. Harry Kane menjaringkan gol pada lewat perlawanan sekaligus menunjukkan karakter sebagai calon kapten di masa hadapan.

Namun dalam perlawanan tersebut, Southgate jelas tidak gembira dengan bagaimana pasukannya membina serangan dari bahagian bawah. Beliau turut kecewa dengan prestasi Chris Smalling.

Penyerang Tottenham dan England, Harry Kane. Foto: Getty Images.

Dalam perlawanan menentang Perancis selepas itu, tiada lagi nama Smalling, dan sistem empat pertahanan  turut diubah kepada sistem bek bertiga, yang turut memiliki dua bek sayap di bahagian tengah.

England tewas kepada Perancis 3-2 dalam perlawanan tersebut. Namun formasi 3-5-2 membenarkan England lebih efektif ketika membina serangan dari bawah. Sejak daripada itu, 3-5-2 adalah asas kepada taktikal skuad senior England termasuklah menuju aksi Piala Dunia 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.