Tak Batal Puasa Sekiranya Kamera Masuk Ke Lubang Dvbur, Tapi Akan Nampak Mat Sabu Dan Nurul Izzah – Sindir Ustaz Zamihan

Posted on 4 views

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli keluarga suspek yang ditahan di Penjara Sungai Buloh berkata pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, yang ditugaskan menjalankan program pemulihan ke atas mereka, mengeluarkan pelbagai tuduhan tidak berasas termasuk membuat serangan peribadi ke atas pemimpin Pakatan Harapan

Tak Batal Puasa Sekiranya Kamera Masuk Ke Lubang Dvbur, Tapi Akan Nampak Mat Sabu Dan Nurul Izzah – Sindir Ustaz Zamihan
Tak Batal Puasa Sekiranya Kamera Masuk Ke Lubang Dvbur, Tapi Akan Nampak Mat Sabu Dan Nurul Izzah – Sindir Ustaz Zamihan

Ia terkandung dalam 5 laporan polis dibuat terhadap Zamihan, yang ditugaskan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menjalankan program pemulihan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).Mereka berkata Zamihan, pada sebuah program sempena Nuzul Quran 31 Mei lepas di Penjara Sungai Buloh, Zamihan mengecam pemimpin kerajaan sebagai munafik di samping mengeluarkan kata-kata berbaur lucah apabila bercakap mengenai Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Antaranya, kata mereka, Zamihan pada satu ketika berkata perbuatan memasukkan kamera ke dalam lubang dubur tidak membatalkan puasa “tetapi akan nampak Mat Sabu dan Nurul Izzah dalam lubang dubur tersebut”.

ARTIKEL MENARIK: Ini Jawapan Khairy Jamaluddin Bila PM Mahu Projek Kereta Nasional Baru

Video penuh di akhir posting ini :

“Pemimpin munafik ini adalah seperti tidak mengotakan manifesto, menjanjikan harga minyak turun tetapi tidak menunaikannya. Pemimpin negara sekarang adalah sama sahaja seperti pemimpin terdahulu,” keluarga suspek memetik Zamihan sebagai berkata dalam ucapannya di penjara.

Zamihan turut berkata ayat Al-Quran dibacakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu perhimpunan pembebasannya sebagai “ayat liberal dan hanya mengikut pemahamannya sendiri sahaja”.

Laporan polis terhadap Zamihan dibuat Sabtu lalu Balai Polis Setapak. Antara kandungannya, Zamihan dikatakan menghasut dan mempengaruhi orang kena tuduh (OKT) dengan menyatakan tiada guna mereka melantik peguam.

Sebaliknya, Zamihan menggesa OKT perlu mengaku salah kerana mereka sememangnya pengganas dan turut menegaskan bahawa Sosma tidak akan dibubarkan. Seorang peguam mewakili 5 tahanan Sosma, Faizal Rahman, berkata siasatan segera perlu dilakukan terhadap Zamihan susulan laporan polis itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.