‘Tak Ada Masa Lagi Nak Bercinta-cinta Ni, Tak Salah Kan Nak Kawan Dengan Semua’ – Emma Maembong

Posted on 10 views
Bukan senang untuk bergelar seorang selebriti kerana setiap gerak geri mereka akan sentiasa mendapat perhatian daripada netizen malah ada juga segelintir netizen yang sering melemparkan kecaman terhadap selebriti jika ada perkara yang dilakukan oleh mereka tidak memuaskan hati netizen.

Ada juga segelintir netizen yang suka membuat spekulasi sendiri tentang selebriti sehingga menimbulkan kontroversi.

Pelakon cantik, Emma Maembong menerusi akaun Instagramnya meminta kepada semua untuk tidak mudah membuat spekulasi yang dirinya sedang bercinta.

Katanya lagi pada salah satu perkongsiannya, jangan sesekali berfikir setiap gambar yang dikongsi olehnya bersama lelaki di media sosial itu bermakna mereka sedang bercinta, ini kerana Emma menyatakan bahawa dirinya tidak mempunyai masa lagi untuk bercinta.

“With my one and only bff @nanarossham . Chill guys sy tak ada masa lg nk bercinta2 ni. Jgn asal post je bercinta. Tak salah kan sy nk berkawan dgn semua. Tak semesti nya kene bercinta . So chill k . Apa2 pon i love you,” tulis Emma menjelaskan dia tidak bercinta dengan sesiapa.

Ha sekarang rasanya korang semua dah jelas dengan penjelasan yang Emma beri kan? Jadi tidak perlulah membuat spekulasi Emma bercinta dengan sesiapa kerana dia hanya menganggap mereka semua adalah kawannya sahaja.

Apapun MH doakan Emma yang terbaik dan semoga suatu hari nanti Emma bakal bertemu dengan seorang lelaki yang terbaik buat dirinya.

Sumber: Instagram Emma Maembong

Apa Kata Anda

Source : Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.