(TAHNIAH) Norman Hakim Dan Memey Suhaiza Timang Cahaya Mata Perempuan

Posted on 6 views
Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang baru sahaja menimang cahaya mata perempuan. Memey selamat melahirkan anak mereka yang ketiga itu sekitar jam 12.55 tengah hari tadi.

Berita gembira tersebut diumumkan oleh Norman sendiri dengan memuat naik foto beliau sedang mendukung anaknya di akaun Instagram beliau.

Marhaban Ya Baby Girl. Izinkan papa mencium bau-bauan syurga.

Semoga dengan kehadiran orang baharu ini, keluarga pasangan ini akan lebih bahagia, ceria dan dilimpahkan dengan rezeki yang lebih lagi. Nampaknya, tercapai juga hasrat Norman untuk memiliki anak yang ramai.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Source : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.