Syahadah 2018 di Bumi Sakura, Jepun

Posted on 18 views

Program tonggak RTM yang disiarkan pada bulan Ramadan iaitu ‘Syahadah’ kembali bersiaran menemui penonton untuk musim ke-13. Kali ini memaparkan kisah muslim minoriti yang tinggal di bumi sakura, Jepun dan telah pun menjalani penggambaran 10 hingga 24 April lalu.

Menariknya pengisian dan perkongsian program 10 episod ini menonjolkan lokasi berbeza antaranya Beppu, Oita / Kushimoto Town, Wakayama / Osaka / Kobe / Iwate / Okayama / Tokyo. Ia disiarkan Ramadan ini mulai 7 Jun 2018, menerusi TV1 pukul 6.30 petang, dan ulangannya pukul 11.30 malam manakala TV2 menyiarkannya pukul 6.00 petang, ulangan pukul 5.30 pagi.

Syahadah 2018 di Bumi Sakura, Jepun

Penonton berpeluang mengikuti kisah karamnya kapal Ertugrul dari Turki, antara kisah yang cukup terkenal di Jepun. Tragedi yang berlaku pada tahuns 1890 di Kushimoto Town, Wakayama menjadi salah satu faktor penyebaran Islam di Jepun. Karamnya kapal Ertugrul turut mewujudkan jalinan kerjasama erat kerajaan Turki dan Jepun. Episod ini turut memaparkan kisah Aysegul Arkan (Aisha), wanita kelahiran Turki yang bertugas di Kushimoto Town selain penglibatan Turkish Culture Association, diketuai oleh Maruishi Keiko yang berusaha menyediakan kemudahan buat pelancong Muslim yang berkunjung ke Muzium Memorial Turki.

Episod seterusnya menyorot kisah dua sahabat, Otsuki Satoko dan Takaaki Katoka yang bekerjasama memperkenalkan Okayama sebagai destinasi mesra Muslim. Selain kerap berkunjung ke Malaysia dan mempelajari bahasa Melayu, kedua-dua sahabat ini menyelami kehidupan masyarakat Muslim bagi membolehkan mereka meyakinkan pihak berkuasa tempatan dan pemain industri memberikan kerjasama dalam menyediakan perkhidmatan dan fasiliti yang terbaik.

Dalam masa sama episod ini turut memaparkan operasi Kilang Tepung Beras Xiwang Co Ltd. yang beroperasi di KibiChuo. Kilang yang diiktiraf Halal oleh Japan Islamic Trust.

Ada juga perkongsian tentang Beppu City sebuah bandar dalam Oita Perfecture yang terletak di Pulau Kyushu. Terkenal sebagai Kota Onsen iaitu pemandian air panas, Beppu turut menjadi pusat pendidikan yang terkenal. Ritsumeikan Asia Pacific Universiti merupakan salah satu universiti antarabangsa yang unggul di Jepun. Menempatkan pelajar dari pelbagai negara, universiti ini turut memberikan perhatian kepada kebajikan pelajarnya termasuk yang beragama Islam. Professor Dahlan, yang merupakan Penolong Pengarah Pusat Kajian Muslim di universiti tersebut banyak menyumbang kepada penghasilan produk Halal selain kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memperkasakan industri Halal di Jepun selain perkhidmatan yang bermanfaat buat warga Muslim. Sementara itu, dua pelajar Malaysia di universiti tersebut, Arif dan Azam, berkongsi kisah kehidupan mereka di Ritsumeikan APU.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.