‘Surat jemputan telah dihantar, hanya 3 agensi akhbar Cina beri maklum balas’

Posted on 1 views
Semalam, penganjur Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong, Melaka, disifatkan tidak beradab oleh wartawan beragama Islam yang hadir membuat liputan kerana dihidangkan daging babi, lapor Harian Metro. 

Menurut laporan itu, tiada seorang wakil daripada pihak penganjur memaklumkan jenis hidangan itu sebelum wartawan beragama Islam duduk semeja dengan wartawan bukan Islam. 

Wartawan dari Utusan Malaysia, Fadzly Izab, 33, berkata, dia terkejut dan menyifatkan penganjur tidak beradab kerana menghidangkan menu daging babi di mejanya ketika sedang membuat liputan. 

“Saya sudah syak dari awal hidangan menu pada majlis itu tidak halal sehingga pelayan menghidangkan menu daging khinzir di atas meja wakil media. 

“Jadi, ini bermakna semua hidangan yang dihidangkan sudah pasti diyakini tidak halal kerana disediakan oleh tukang masak dan dapur sama. 

“Perkara ini sangat sensitif dan boleh mengundang kemarahan individu beragama Islam selain penganut agama lain,” katanya yang kesal perkara seperti itu bole berlaku dalam majlis dihadiri tetamu pelbagai lapisan agama dan bangsa. 

Difahamkan, majlis itu dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, wakil rakyat dan beberapa tetamu kehormat. 

Sementara itu, Yang Dipertua Kelab Media Massa Melaka (KEMM), Samat Majid telah memanjangkan isu berkenaan kepada pihak kerajaan negeri dan menuntut penganjur membuat permohonan maaf secara terbuka bagi memastikan perkara itu tidak berulang lagi. 

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Persatuan Perlindungan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (APDAM), Chai Siong Siew berkata, pihaknya yang bertanggungjawab menganjurkan majlis itu akan menghantar surat permohonan maaf kepada kerajaan negeri melalui Ketua Menteri Adly Zahari minggu depan. 

Beliau menjelaskan, apa yang berlaku adalah disebabkan salah faham antara kedua-dua pihak yang membabitkan penganjur dan wakil media berikutan tiada komunikasi berlaku ketika liputan. 

Sebenarnya, kita ada menjemput media melalui surat jemputan. Namun hanya ada tiga agensi akhbar berbahasa Cina yang memberi maklum balas. Jadi, kita hanya sediakan menu khinzir di meja media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.