Sudah Setahun Bertunang, Remy Ishak Akui Belum Sedia Kahwin

Posted on 3 views
Sudah setahun lamanya mengikat tali pertunangan bersama, Ezza Yusof, pelakon Remy Ishak bagaimanapun masih belum bersedia untuk berkahwin. Remy berkata beliau mahu memahami pasangannya itu dengan lebih mendalam.

Jujurnya kami berdua belum bersedia melangkah ke alam perkahwinan dan mengambil tempoh bertunang ini untuk betul-betul memahami pasangan. Perancangan asal pun bertunang selama dua tahun jadi masih ada masa. Sekarang pun kami berdua sangat sibuk dengan pelbagai komitmen kerja.

Dalam pada itu, Remy turut akui hubungan mereka pernah dilanda ujian dan dugaan sama seperti pasangan lain yang bertunang. Namun, setiap apa yang berlaku mengajar mereka untuk jadi lebih matang dan salah satu persediaan sebelum hidup berdua sebagai suami isteri.

Macam mana hendak berkahwin kalau masalah dan dugaan yang datang sekarang pun tak boleh diselesaikan? Tempoh bertunang inilah kita belajar dan persiapkan diri dan kami berdua tahu masih belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Dugaan bertunang ini memang kuat dan datang dalam macam-macam cara. Apa yang penting, kepercayaan dan kesetiaan antara pasangan itu harus ada. Teruskan bersabar dan semoga cinta di dalam hati Remy dan tunang tersayang akan semakin bertambah.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Source : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.