Steven Gerrard Lulus Ujian Pertama Selepas Rangers Tumpaskan FK Shkupi

Posted on 2 views
Ya, anda masih tidak mempercayai dengan Steven Gerrard sudah menjadi pengurus di sebuah kelab?

Sedarlah daripada lena anda yang cukup panjang. Bekas pemain Liverpool itu kini menjawat jawatan sebagai pengurus Glasgow Rangers.

Pertama

Perlawanan kompetitif pertama untuk Stevie G ini ialah dalam saingan UEFA Europa League. Glasgow Rangers diundi menentang kelab Macedonia, FK Shkupi dalam pusingan pertama kelayakan.

Perlawanan pertama di Glasgow semalam menyaksikan Steven Gerrard bermula dengan langkah kanan.

Gol Rangers disumbangkan oleh Jamie Murphy pada minit ke-23.

Rangers kekal mendahului pada tamat separuh masa pertama. Bekas pemain Newcastle United, James Tavernier menyempurnakan sepakan penalti pada waktu kecederaan.

Rangers menang 2 gol tanpa balas ke atas wakil Macedonia itu.

Perlawanan timbal balik akan diadakan di Skopje pada Selasa, 17 Julai.

Laku

GLASGOW, SCOTLAND – JULY 12: Steven Gerrard manager of Rangers looks on during the UEFA Europa League Qualifying Round match between Rangers and Shkupi at Ibrox Stadium on July 12, 2018 in Glasgow, Scotland. (Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Menurut portal BBC, tiket perlawanan ini habis dijual bagi menyaksikan perlawanan pertama Rangers yang diuruskan oleh Steven Gerrard. Kira-kira hampir 50 ribu penonton memenuhi Ibrox Park.

Beliau memberitahu media bahawa banyak perkara perlu dilakukan walaupun ia perlawanan pertama Rangers bagi musim ini. Gerrard juga memaklumkan bahawa pasukannya berpuas hati dengan kemenangan berharga ini.

Steven Gerrard berasa gembira kerana pertahanan berjaya dikawal rapi dan tiada gol bolos yang boleh menjadi bekalan buat Shkupi.

Dalam perlawanan semalam, Scott Arfield membuat penampilan sulung sebagai pemain Rangers. Beliau berpindah ke Glasgow secara percuma setelah tamat kontrak dengan Burnley.

Turut membuat debut ialah Jon Flanagan, bekas pemain Liverpool. Jon juga menandatangani kontrak bersama Rangers setelah dilepaskan kelab ternama Inggeris.

Sekiranya Rangers berjaya menewaskan Shkupi, mereka dijangkakan akan menentang perlawanan antara Petrocub Hîncești (Moldova)  atau Osijek (Croatia).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.