SITI KASIM BANTAH LANTIKAN MENTERI PENDIDIKAN??? ~ SEMUT HITAM

Posted on 9 views

Belum apa – apa lagi, aktivis yang Pro Rejim Pakatan ini sudah mula bersuara membantah perlantikan yang dibuat keatas Dr. Mazlee Malik bagi jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Aktivis yang lantang bersuara memperjuangkan agenda Liberal bersama dengan Marina Mahathir ini tampil mempertikaikan perlantikan tersebut kerana didakwa akan merosakkan pendidikan Malaysia.

Antara lain, aktivis Pro LGBT itu mendakwa Dr. Mazlee sebagai seorang pejuang Islam Progresif yang pernah muncul mempertahankan kedudukan Dr. Zakir Naik di Malaysia sebelum ini.

Malah, Siti Kasim juga turut mempersoalkan arah tuju pendidikan yang bakal dibawa oleh Dr. Mazlee yang didakwa akan menyebabkan lebih banyak doktrinisasi Islam dalam sistem Pendidikan.

Tidak cukup setakat itu sahaja. Siti Kasim turut membuat petisyen bantahan secara atas talian (Online) kepada Rejim Pakatan agar jawatan Menteri Pendidikan itu diberikan kepada orang lain.

Dari satu sudut, tindakan yang dilakukan oleh aktivis Pro Rejim Pakatan ini membuktikan bahawa mereka cuba menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Liberal dan tidak mengutamakan Islam.

Persoalannya, apa tindakan yang akan dilakukan oleh Rejim Pakatan baru terhadap kumpulan pejuang agenda Liberalisme yang lantang mempertikaikan Islam secara terbuka ini? Adakah mereka akan terus dibiarkan begitu sahaja atas dasar demokrasi???

Source : Semut Hitam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.