Singgah Berteduh & Menjamu Selera di Restoran MAMANDA Singapura

Posted on 3 views

Menjejakkan kaki di Singapura kali ni, Budiey sempat singgah berteduh di Restoran Mamanda milik Dato’ Fazley, sebuah restoran makanan Melayu berkonsep fine dining dengan mengetengahkan masakan warisan Melayu tradisional. Ianya dinaik taraf supaya dapat diterima oleh setiap lapisan masyarakat termasuk penggemar masakan Barat.

Mamanda Singapura

Melangkah masuk ke laman ini, Budiey disambut mesra lagi ramah tamah dan pelukan erat oleh Dato’ Fazley yang menunggu kedatangan rombongan media dari Malaysia untuk buat liputan di konsert mini balada Melayu : Sepuluh Tahun Pertama yang akan diadakan di Studio Recital, Esplanade, Singapura yang berlangsung malam ini.

Khabarnya, Imran Ajmain akan buat satu tribute slot khas arwah bapanya Allahyarham Ahmad Husaini Ajmain yang dulunya merupakan penerbit, penyusun muzik dan penggubah lagu terkenal untuk para penyanyi era 80-an. Tak sabar la pulak nak layan lagu-lagu balada dari Imran malam ni.

Sebagai info, Mamanda yang terletak di Singapura berlokasi di sebuah banglo lama berusia 173 tahun di 73 Sultan Gate. Bangunan dua tingkat ini dulunya adalah istana singgah dan kini dibuka untuk tempahan majlis perkahwinan.

Saat menjejakkan kaki di situ sambil menikmati beraneka hidangan Melayu menggamit selera, para pengunjung pasti bakal merasai momen serta atmosfera mewah warian dahulu kala.

Cawangan kedua Restoran Mamanda juga dibuka di TPC Kuala Lumpur (dahulunya dikenali sebagai Kuala Lumpur Golf & Country Club) di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Mamanda Singapura

Mamanda Singapura

Mamanda Singapura

Mamanda Singapura

Mamanda Singapura

Mamanda Singapura

Mamanda Singapura

Mamanda Singapura

Mamanda Singapura

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘https://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.