Shukri Yahaya… dah besar pun tinggal puasa

Posted on 8 views
Shukri Yahaya… dah besar pun tinggal puasa – Hallo sahabat Sekitar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shukri Yahaya… dah besar pun tinggal puasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Berita Viral, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel Menarik, Artikel News, Artikel Terkini, Artikel Unik, Artikel Video, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.Judul : Shukri Yahaya… dah besar pun tinggal puasa
link : Shukri Yahaya… dah besar pun tinggal puasa

Baca juga

Shukri Yahaya… dah besar pun tinggal puasa

SETIAP kali hadirnya bulan Ramadan pasti ramai di antara kita yang terimbau pelbagai kisah tentang pengalaman berpuasa!

Tidak ketinggalan buat pelakon sensasi Shukri Yahaya yang mendedahkan dia pernah beberapa kali ‘kantoi’ kerana meninggalkan puasa.

Bagaimanapun kata bapa kepada seorang cahaya mata ini, perbuatan itu bukannya suka-suka tetapi akibat terlalu letih kerana perlu menjalani penggambaran pada bulan Ramadan.

“Jujurnya pernah beberapa kali saya tinggal puasa walaupun sudah besar! Tetapi bukannya sengaja sebab dah tak tahan kerana perlu menjalani penggambaran dan memang penat sangat.

“Tetapi bukan sengaja dan puasa yang saya tinggal itu pun sudah diganti semula,” katanya.

Dalam pada itu, Shukri berkata, pengalaman perit itu bagaimanapun tidak pernah membuatkan dia serik menerima tawaran yang memerlukan dia bekerja pada bulan Ramadan.

Sebaliknya kata Shukri, dia menganggap ia adalah cabaran buatnya sebagai seorang umat Islam dalam mengejar keberkatan daripada Allah.

“Kisah tak berpuasa itu adalah pengalaman dan ia proses memperbaiki diri ke arah lebih baik.

“Saya pun tidak pernah serik berlakon ketika berpuasa kerana bila saya fikirkan itulah cabaran untuk saya dan Insya-Allah pahala pun bertambah,” katanya.

Kongsi Shukri lagi, pihak produksi juga sebenarnya memahami situasi tersebut dan kebiasaannya mereka bekerja dalam waktu fleksibel dan bukannya dalam tempoh panjang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.