Sharnaaz Ahmad Dikecam Teruk Kerana Tweet Ingin “Tibai” Faiz Roslan

Posted on 8 views
Memuat naik video parodi Lagi Syantik dengan aksi yang agak lucah pada bulan suci Ramadhan dengan menyertakan hashtag #NerakaIsBack, Instafamous Faiz Roslan menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia.

Isu itu turut mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang meluahkan rasa bengangnya dengan tindakan Faiz. Terkenal sebagai seorang yang “berani mati” dan lantang bersuara, netizen bagaimanapun menganggap teguran Sharnaaz kepada Faiz agak keterlaluan kasarnya.

Sebagai seorang selebriti yang berpengaruh, Sharnaaz seharusnya tidak mempromosikan kekasaran dan boleh sahaja memberi amaran kepada Faiz dengan cara yang lebih berhemah.

Namun, Sharnaaz nampaknya tidak terkesan dengan kecaman yang diterima dan  mempertahankan tindakannya itu. Mengakui dirinya bukanlah seorang manusia yang sempurna ataupun arif dalam bab agama, Sharnaaz memberitahu apa yang beliau lakukan itu kerana tidak tahan melihat perangai anak muda sekarang yang melakukan perkara tidak senonoh pada bulan Ramadhan yang mulia.

Pada pendapat kami, teguran Sharnaaz itu ada betulnya apatah lagi perbuatan Faiz itu sebenarnya turut menjatuhkan martabat wanita apabila beraksi agak “gedik” pada bulan Ramadhan. Cumanya, ramai yang terkesan dengan cara penyampaian Sharnaaz, itu sahaja. Apa pula pendapat anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Source : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.