‘Setiap malam anak makcik akan kena 4-5 kali baru dia puas’

Posted on 3 views

Apabila kita mula hidup dalam kesenangan, sudah pasti ada mata-mata yang memandang. Jika kesenangan tersebut dicemburui dengan kata-kata, ia tidak akan membawa kepada kemudaratan. Tetapi, jika cemburu tersebut disulami dengan perbuatan khianat atau khurafat, maka perbuatan ini bukan sahaja meruntuhkan silaturahim, malahan boleh membawa kepada kematian.

Bebenang di Twitter eyahnordin menceritakan kisah benar yang diceritakan oleh Makcik Som kepadanya. Kisah seorang saudara yang cemburukan kejayaan anak-anak Makcik Som sehingga menghantar makhluk yang berupa orang hutan jantan untuk menakluki tubuh anak perempuannya. 

ANAK makcik Som sakit berminggu. Makcik Som mula-mula ingatkan anak dia sakit biasa, tetapi Makcik Som perasan anak dia mula sakit selepas anak dia tolong kawannya terkena histeria di sekolah. Setelah seminggu anak Makcik Som sakit, setiap malam anaknya akan teriak menangis. 

Makcik Som tanyakan pada anaknya, “sakit dekat mana?” Anak dia bagitahu kat bahagian kemaluan dia. Bila Makcik Som periksa,kemaluan anaknya seperti orang yang baru lepas bersalin, berdarah dan bengkak. Jadi mula dari situ, makcik ni bawa anak dia berubat ke serata tempat. Tambah menyedihkan,waktu tu Makcik Som baru sahaja kehilangan suami. Makcik Som cakap, setiap hari dia berdoa agar anaknya sembuh.

Makcik Som bagitahu dan banyak tempat dia berubat, tapi anaknya tidak sembuh juga. Dengan izin Allah, Allah temukan jalan. Anak lelaki Makcik Som telah bertemu jodoh dnegan orang Sarawak. Jadi, satu hari tu Makcik Som bawa anak dia yang sakit ke Sarawak.Pada malam hari pertama di Sarawak, seperti biasa, setiap malam anak dia akan menangis sehinggakan tidak keluar suara. Jadi benda yang sama berlaku ketika di Sarawak. Kebetulan ketika di rumah flat anak lelakinya tu, ada seorang ustaz dari Kelantan datang mengetuk pintu rumah dan bertanyakan tentang anak perempuan Makcik Som. Makcik Som memberitahu hal sebenar yang terjadi kepada anaknya pada setiap malam.

Pada keesokkan harinya, ustaz itu menolong keluarga Makcik Som ini berjumpa dengan kawannya di Kelantan. Makcik Som bagitahu, demi anak dia sanggup lakukan apa sahaja walaupun harga tiket flight mahal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.