Sertai Parti Amanah, Wak Doyok Tak Kisah Digelar Lalang Kerana Tahu Apa Yang Diperjuangkan

Posted on 3 views
Nama Wak Doyok memang seringkali dihimpit kontroversi, lebih-lebih lagi selepas rakyat Malaysia memilih kerajaan baru menggantikan Barisan Nasional 2 bulan yang lalu. Mana tidaknya, sikap Wak Doyok yang terus memuatnaik gambarnya bersama Tun Mahathir sebaik sahaja kemenangan tersebut diumumkan dilihat menggambarkan dirinya sebagai lalang. Sebelum ini, Wak Doyok secara terang-terangan telah melahirkan sokongannya kepada bekas Perdana Menteri terdahulu. Memang teruk kecaman yang telah diterima oleh Wak Doyok kerana berpaling tadah dalam sekelip mata.
wak doyok lalang
Terbaru, Wak Doyok sekali lagi menggemparkan dunia hiburan dan politik setelah mengesahkan dirinya telah menghantar borang keahlian Parti Amanah. Akibat tindakan ini, netizen terus menerus mengecam Wak Doyok kerana dilihat seolah-olah mengambil kesempatan berdasarkan parti yang memerintah. Namun bagi Wak Doyok, apa yang dilakukan bukanlah satu kesilapan kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Malah Wak Doyok tidak kisah digelar lalang oleh netizen kerana tahu perjuangannya yang sebenar.

wak doyok

Kata Wak Doyok:-

Saya baru saja serah borang di pejabat cawangan baru, Seksyen 13 Shah Alam. Saya difahamkan mungkin proses untuk mendapatkan nombor keahlian boleh memakan masa hingga sebulan.

Saya sayang pucuk pimpinan lama seperti Mohamad Sabu, Khalid Abdul Samad, Salahuddin Ayub dan Dr Dzulkefli Ahmad. Dr Dzulkefli itu bapa mertuanya menjadi imam di surau tempat saya, jadi memang rapat dengan keluarganya.

Saya memang bergiat aktif untuk masyarakat sejak dulu, kali ini saya ingin mengajak anak-anak muda agar menjadi bangsa lebih dihormati di mata antarabangsa dan membantu membentuk belia yang mempunyai perancangan masa depan.

Yang tidak berpuas hati, mereka tiada hak untuk menghalang kerana ini pilihan individu malah mereka tidak boleh sekat sesiapa untuk masuk mana-mana parti. Nak cakap saya lalang atau masuk sebab jawatan itu, terpulang kerana yang penting saya tahu apa yang diperjuangkan. Yang banyak cakap itu, entah-entah belum pun mendaftar sebagai pengundi

wak doyok lalang

Memang kebal dan kental sungguh hati Wak Doyok namun inilah harga yang perlu dibayar selepas membuat keputusan sebegini. Secara jujurnya, memang nampak macam lalang juga perbuatan Wak Doyok ini. Sekurang-kurangnya tunggulah 3-4 bulan sebelum melahirkan sokongan secara zahir. Namun biasalah orang Melayu ini memang jenis tak sabar sikit. Kaya sikit terus beli kereta baru dan upload gambar kat Instagram. Ada awek ‘hot’ skit terus gelabah ayam nak tunjuk kat semua orang dalam Facebook. Tup-tup last-last clash jugak. Tak gitu? Harapnya keputusan Wak Doyok kali ini berkekalan walaupun jika ditakdirkan Parti Amanah bukanlah parti pemerintah satu hari kelak. Sumber Astro Gempak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.