Senarai Penuh Jemaah Menteri Tun M 2018.

Posted on 4 views

VETERAN DAP, Teresa Kok dan muka baru, Yeoh Bee Yin antara calon parti itu yang dijangka akan masuk dalam senarai akhir 26 anggota Kabinet Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, kata sumber kerajaan.Kok akan dilantik sebagai menteri Wilayah Persekutuan manakala Yeoh, yang menang kerusi Parlimen Bakri dalam pilihan raya pertamanya, dijangka dinamakan sebagai menteri Tenaga, Teknologi Dan Alam sekitar. Yeoh adalah jurutera kimia, pemegang biasiswa Petronas yang juga lulusan sarjana dari Cambridge.

Wakil PKR dalam jemaah menteri itu termasuk pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang akan jadi menteri Kerja Raya; naib presiden Xavier Jayakumar (Air, Tanah dan Sumber Ssli), dan setiausaha agung Saifuddin Nasution (Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna).

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Saifuddin Abdullah bakal dinamakan sebagai menteri Pendidikan Tinggi. Beliau adalah timbalan menteri portfolio yang sama dalam Kabinet Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihan raya umum 2008 dan dikekalkan oleh Najib Razak sehingga habis mandat penggal ke-13 itu.

Sementara itu, dari Amanah, Mujahid Yusof Rawa bakal dilantik menteri Luar manakala Ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad akan jadi menteri Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri.

Seperti yang dijangka oleh banyak pihak, ketua sayap Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal dinamakan menteri Belia Dan Sukan. Ahli Parlimen Alor Gajah Mohd Redzuan Yusof akan memegang portfolio yang dihidupkan semula, Kementerian Pembangunan Usahawan.

Parti Warisan Sabah yang menyokong PH akan mempunyai tiga wakil dalam Kabinet Dr Mahathir iaitu Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking; Ahli Parlimen Batu Sapi VK Liew dan Ahli Parlimen Silam Mohamadin Ketapi.

Darell akan jadi menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri; Liew sebagai menteri Undang-undang manakala Mohamadin bakal menteri Pelancongan.

Mujahid Yusof Rawa bakal dari Amanah dilantik menteri luar dalam Kabinet Pakatan Harapan.

Sama seperti Saifuddin Abdullah, Liew pernah jadi timbalan menteri di portfolio yang sama sepanjang tempoh mandat yang sama 2008-2013. Beliau adalah bekas presiden Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) yang pernah terlibat dalam perebutan kuasa dalaman pada 2013.Sama juga seperti Saifuddin yang meninggalkan Umno dan menyertai PKR, Liew keluar LDP pada Mac 2018 untuk masuk Warisan bersama 200 penyokongnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.