Semakan Keputusan Rayuan UPU 2018 Secara Online.

Posted on 24 views

Berita baik buat pelajar yang ada membuat permohonan rayuan UPU sesi ambilan 2018/ 2019 untuk lepasan SPM dan STPM/ setaraf. Menerusi makluman Facebook Kemasukan BPKP JPT (FB Rasmi UPU), Semakan Keputusan Rayuan UPU 2018 Online untuk para pemohon UPUonline boleh dibuat pada Jun (SPM) dan Ogos/ September (STPM).Untuk makluman, sekiranya pelajar gagal dalam permohonan kemasukan UA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti, calon boleh membuat permohonan rayuan UPU secara online. Tawaran kemasukan adalah bergantung kepada kekosongan tempat di Universiti Awam. Dan Keputusan rayuan UPU adalah muktamad serta proses rayuan juga ditutup.

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan UPU 2018 Online

Untuk panduan pelajar, tarikh rasmi semakan keputusan permohonan Rayuan UPU 2018 Online adalah seperti berikut:-

  • Keputusan eRayuan SPM: 11 hingga 17 Jun 2018
  • Semakan Keputusan permohonan Rayuan Pertama (Fasa 1 STPM): 20 – 26 Ogos 2018
  • Keputusan Rayuan Kedua: 10 – 14 September 2018

Cara Buat Semakan Keputusan Rayuan UPU 2018 OnlineSistem Aplikasi semakan secara online ataupun SMS hanya akan diaktifkan bermula dari tarikh hebahan keputusan rayuan pertama dan kedua UPU diumumkan secara rasmi.

Pautan URL Semakan Keputusan Rayuan UPU Online Lepasan STPM Setaraf

Berikut dikongsikan cara membuat semakan online dengan menggunakan saluran UPU dan juga saluran alternatif untuk panduan pemohon:

  1. Semakan UPUonline
  2. UTM – https://intake.utm.my
  3. UMS – http://jpt.ums.edu.my
  4. UniMAS – https://jpt.unimas.my
  5. UUM – http://jpt.uum.edu.my

Semakan Keputusan Rayuan Secara SMSPemohon juga boleh membuat semakan keputusan permohonan rayuan melalui SMS dengan menaip seperti berikut:

  • UPU <jarak> RESULT <jarak> NO KAD PENGENALAN dan hantar SMS ke 15888

Cara HubungiUntuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian helpline UPU di (03) 8870 8200. Pemohon juga boleh mengunjungi kaunter runding cara UPU di Lobi KPT di Kementerian Pendidikan Tinggi atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/.

Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 8.00 pagi – 5.30 petang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.