Selepas Lawak Abang Mat, Kerajaan PH Buat Lawak Jamal Yunos Pula

Posted on 2 views

Hari ini hari lawak sedunia. Selepas lawak Abang Mat dengan episod ‘Mind Your Language’, Kerajaan PH meneruskan dengan lawak Jamal Yunos. Apa tidaknya. Susah payah pihak PDRM pergi reman Jamal di hospital. Buru Jamal sampai ke Indonesia. Keluar amaran merah Interpol. Hantar pegawai beberapa orang pegawai PDRM ke Indonesia untuk membawa Jamal balik. Iringi Jamal dengan kawalan keselamatan yang ketat. 

Apa kesudahannya? Akhirnya Jamal dijatuhkan hukuman yang sangat berat kerana “memecahkan botol arak menggunakan penukul besi yang merupakan kesalahan yang mesti didenda kerana memecahkan botol arak di depan pejabat Menteri Besar boleh mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam.”

Hukumannya adalah denda RM400. Saya rasa tiket kapal terbang untuk membawa Jamal pulang ke Malaysia mungkin lebih mahal. Pihak Interpol dan Kerajaan Indonesia pasti panas telinga mendengarnya.Kesimpulannya, Di negara pasir dua butir, jika anda memecahkan botol arak, anda mungkin diburu seperti penjenayah. Walau bagaimanapun, jika anda mengadakan pesta minum arak seperti October Fest, anda akan dianggap berfikiran terbuka dan moden.

Source : Cucu Tok Selampit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.