Sambut Ramadhan dan Syawal dengan Kejutan Manis WOW

Posted on 8 views

CJ WOW SHOP menggandakan rangkaian Aidilfitri dengan pelbagai jenama baharu kegemaran rakyat Malaysia serta menawarkan ganjaran percutian ke Turki kepada pelanggan dengan pembelian tertinggi

Persediaan Ramadhan dan Aidilfitri anda akan menjadi lebih mengujakan dengan CJ WOW SHOP. Rangkaian beli-belah di rumah yang paling terkemuka Malaysia, akan menggandakan rangkaian produk yang ditawarkan sempena Syawal ini! Lebih 70 produk baharu akan ditawarkan melalui program siaran harian CJ WOW SHOP bermula dari 11 Mei hingga 24 Jun 2018.

Photo 1 - Ramadhan Raya Bersama WOW

Program ini yang disiarkan di TV9 pada pukul 10 pagi dan 11 pagi akan memaparkan satu rangkaian produk unik yang menyasarkan kepada keperluan para pengguna sempena Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Pusat beli-belah sehenti ini akan menawarkan para pelanggan dengan satu rangkaian koleksi produk dari pelbagai segmen yang merangkumi Peralatan Dapur, Fesyen & Kecantikan, Kelengkapan Rumah & Hiasan Dalaman, serta rangkaian khas Gaya Hidup & Hiburan bagi perjalanan ‘Balik Kampung’ mereka. Rangkaian koleksi ini terdiri daripada koleksi-koleksi kegemaran rakyat Malaysia yang sedia ada dan baharu, termasuklah Al-Mukarramah oleh Haqqi Muslim Wear, Ariani X WOW Muslimah Fashion, Mugen Tornado Hybrid Gas Cooker, Classe Raya Carpet dan sebagainya demi menceriakan lagi Aidilfitri anda.

Mulakan Ramadhan WOW dengan ‘Cun Meletop’

Dalam mengalu-alukan bulan suci Ramadhan minggu hadapan, CJ WOW SHOP menyajikan penonton dengan program siaran langsung fesyen yang dinamakan “Cun Meletop” pada 14 Mei. Disiarkan dari 8.30 pagi sehingga 5 petang, promosi ini akan menyerlahkan tawaran hebat pakaian Muslim dan Muslimah terbaru seperti telekung, tudung, jubah, baju kurung dan kurta dari pelbagai jenama tempatan yang terkenal.

Photo 2 - Cun Meletup

‘Cuti Raya WOW’ Memberi Ganjaran Kepada Pelanggan dengan Pembelian Tertinggi

Bagi menjadikan Aidilfitri ini lebih bermakna buat pelanggan dan orang tersayang mereka, CJ WOW SHOP juga akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang membuat pembelian tertinggi dengan satu percutian hebat bernilai lebih RM28,000 bagi setiap keluarga. Hanya 2 pemenang akan dipilih untuk pakej percutian ‘9 Hari 7 Malam’ ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *