Saman Amar Singh. Ini Jawapan Balas Ketua Polis Terhadap Najib Yang Ramai Tak Tahu

Posted on 4 views

Baru ni Najib ada saman Amar Singh dan ini jawapan balas Ketua Polis Negara yang mengejutkan terhadap tunttutan tersebut yang ramai tak tahu.

Saman Amar Singh. Ini Jawapan Balas Ketua Polis Terhadap Najib Yang Ramai Tak Tahu
Saman Amar Singh. Ini Jawapan Balas Ketua Polis Terhadap Najib Yang Ramai Tak Tahu

MASIH TUNGGU TINDAKAN RASMI BEKAS PMARTIKEL MENARIK: ‘44 Unit Barangan Kemas Dirampas Polis.’ Firma Tukang Emas Borong Dari Lubnan Yang Merupakan Pemilik Barangan Kemas Failkan Saman RM59.8 Juta Pada DS Rosmah..

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tunggu dan lihat susulan kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ingin menyaman Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

Setakat ini, PDRM belum terima sebarang permohonan daripada pihak Najib yang mendakwa serbuan dan rampasan yang dilakukan JSJK itu kononnya tidak mengikut Prosedur Operasi Standart (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya sedia maklum berhubung tindakan Najib yang sebelum ini mengemukakan saman sivil terhadap tiga penyiasat kanan yang mengendalikan siasatan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Pada masa ini kami (PDRM) masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada pihak Datuk Seri Najib berhubung tindakan saman yang dikemukakan dan saya tidak dapat untuk mengulas lebih lanjut tentang perkara ini.

“Apa yang penting, pihak kami ingin melihat apakah yang sebenarnya bentuk melanggar SOP seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Najib,” katanya dalam sidang media sempena Mesyuarat Agung Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad, di sini, hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, pihak polis juga tidak ingin membuat sebarang komen balas terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib sehingga siasatan yang dijalankan selesai.

“Dia (Najib) boleh cakap apa yang hendak dikatakannya dan kami hanya menunggu sebarang tindakan susulan serta permohonan rasmi berhubung isu pelanggaran SOP ini.

“Perkara ini adalah berkaitan dengan peruntukan undang-undang yang ditetapkan dan dia sendiri sudah mengemukakan saman, maka kita (PDRM) tunggu dan lihat sajalah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.