Rosmah Mansor akhirnya jawab 7 fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada beliau selama ini. No 7 Tu Paling Tak Masuk Akal!

Posted on 10 views

DS Rosmah Mansur Menjawab Fitnah.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG SESUNGGUHNYA FITNAH ITU LEBIH DAHSYAT DARIPADA MEMBUNUH. GEJALANYA AMAT MENAKUTKAN, LAGI MEROSAKKAN.

Rosmah Mansor akhirnya jawab 7 fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada beliau selama ini. No 7 Tu Paling Tak Masuk Akal!
Rosmah Mansor akhirnya jawab 7 fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada beliau selama ini. No 7 Tu Paling Tak Masuk Akal!

Pembaca yang amat dikasihi; Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini.Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.

Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

ARTIKEL MENARIK: Pakaian Guru Akan Diseragamkan? Wajarkah Dibuat Di Negara Kita? Ini Pandangan Netizen


Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya.Penjelasan secara ‘face to face’ itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama ‘membunuh diri sendiri’

Pertama:
Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu,
19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu.
Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.