Rooney Yakin England Akan Mara Ke Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018

Posted on 2 views
Menjelang separuh akhir Piala Dunia di antara England menentang Croatia di Moscow, Russia awal pagi esok, bekas kapten England, Wayne Rooney meletakkan harapan tinggi kepada skuad kendalian Gareth Southgate untuk mencipta sejarah mara ke final.

“Sudah pasti sebagai bekas pemain dan kapten England, ia adalah saat yang penting kepada negara.

“Anak sulung saya penyokong utama England. Jadi ia adalah saat yang hebat untuk bola sepak Inggeris, menjadi rakyat dan penyokong.

“Saya ada melihat video dan suasananya kelihatan hebat. Saya pasti jika kami mampu melangkah esok (awal pagi esok waktu Malaysia), ia pasti lebih hebat dalam tempoh empat atau lima hari selepas itu.

“Bagi pemain dan Gareth Southgate , saya ucapkan selamat berjaya. Mereka membuatkan kami bangga dan berharap mereka mampu mara ke final.

“Saya mengharapkannya. Kami berharap dan percaya dengan sedikit tuan, ia akan menjadi realiti,” kata Rooney.

Bekas bintang Manchester United ini merupakan penjaring terbanyak England sepanjang zaman, tampil buat kali terakhir untuk negaranya pada November 2016.

Sejak itu, England berubah di bawah kendalian Southgate dan pemain berusia 32 tahun itu berharap persembahan mereka akan berterusan di Russia.

Penyerang legenda England itu kini berpindah ke kelab DC United yang beraksi di Major League Soccer (MLS) Amerika Syarikat.

Pemain yang berusia 32 tahun itu melengkapkan perpindahan percuma ke DC United dari Everton selepas pemain itu lama dikaitkan dengan kelab tersebut.

(Photo by Patrick McDermott/Getty Images)

Walaupun berpindah secara percuma, DC United dikatakan telah membayar sejumlah nilai yang dikelaskan sebagai pampasan untuk Everton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.