RFEF Pecat Lopetegui Kerana ‘Breach Of Contract’

Posted on 4 views
Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) telah memecat pengurus, Julen Lopetegui sehari sebelum perasmian Piala Dunia, 48 jam sebelum sepak mula pasukan Sepanyol.

Hal ini selepas Lepetegui menerima jawatan di Real Madrid ketika masih ada kontrak dengan pasukan kebangsaan.

Semalam Real Madrid mengumumkan Lopetegui sebagai pengurus baharu dengan kontrak 3 tahun menggantikan Zindedine Zidane.

Presiden RFEF, Luis Rubiales terpaksa membatalkan urusan rasmi beliau di Rusia lebih awal untuk kongres FIFA.

Beliau terbang ke Sepanyol untuk menyelesaikan isu tersebut. Dalam kenyataan rasmi, beliau berkata:

“Kami terpaksa menyingkirkan jurulatih kebangsaan. Kami mendoakan yang terbaik untuk beliau pada masa hadapan.”

“Rundingan tersebut dilakukan tanpa pengetahuan FA Sepanyol dan kami hanya dimaklumkan pekara itu 5 minit sebelum kenyataan media.”

“Kami harus mengambil tindakan. Julen melakukan tugas sangat hebat dengan pasukan, tetapi kami tidak boleh menerima perbuatan beliau dalam kes ini.”

Ditanya tentang siapa akan menggalas tugas itu, ini jawapan Rubiales:

“Kami akan meneliti sebaik mungkin sebarang kemungkinan. Kami akan usahakan dan beritahu anda semua.”

“Saya sudah bercakap dengan para pemain dan saya berjanji para pemain akan memberikan segalanya bersama-sama dengan jurulatih baru untuk membawa pasukan ini sejauh mungkin.”

“Menang sangat penting, memiliki jurulatih terbaik juga sangat penting, tetapi yang paling penting di atas semua itu adalah cara kita bertindak dalam melakukan sesuatu perkara. Mungkin agak sukar buat masa ini, harap perkara ini akan membuatkan kami lebih kuat.”

“Saya terpaksa terbang mengejut dari Moscor dan terlepas untuk mengundi calon Piala Dunia seterusnya. Kami harus bertindak segera, saya tahu segala tindakan saya akan mengundang kritikan, saya terima.”

Sepanyol akan menentang Portugal dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B pada Jumaat.

Pada 22 Mie lalu, Lopetegui dilaporkan menandatangani perjanjian baru dengan Sepanyol untuk 2 tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.