REJIM PAKATAN “JUAL NEGARA” KEPADA JEPUN??? ~ SEMUT HITAM

Posted on 4 views
“BATAL HSR MUKTAMAD. TIDAK BERI MANFAAT DAN TIDAK MENGUNTUNGKAN” – DR. M

Ayat itu ayat dia sendiri. Bukan ayat dari mulut orang lain. Bukan Menteri dari Pakatan yang keluarkan kenyataan tersebut. Tapi hari ini, lain pulak cerita yang disampaikan depan orang Jepun?

Satu lagi keputusan Rejim Pakatan dibuat secara ‘U-Turn’. Secara tiba – tiba projek High Speed Rail (HSR) ditangguhkan dan tidak dibatalkan seperti mana yang telah diumumkan sebelum ini.

Adakah Projek HSR berkenaan akan diberikan kepada sebuah syarikat Jepun? Jika sebelum ini, Kerajaan BN buat kerjasama dengan China, dituduh cuba menjual kedaulatan Negara. Kali ini?

Perlu diingatkan, KLIA dibina dengan menggunakan pinjaman Yen dari Jepun. Pinjaman itu memang kadar faedahnya rendah tetapi faktor turun naik Yen Jepun (JPY) merupakan faktor penting yang harus diambil kira.

Hutang KLIA kadar faedah dalam 3%. Nampak macam kecil. Namun, selepas pinjaman diambil, JPY naik mendadak mengakibatkan hutang itu naik hampir sekali ganda. Itu yang ditakutkan.

Untuk makluman JPY/MYR sekarang berada dalam jajaran menaik. Oleh itu, pinjaman ini berisiko untuk naik di masa hadapan akibat daripada kenaikan JPY. Sejarah pemerintahan PM ke-4 akan berulang!

Kesimpulannya, Rakyat diperah memberi sedekah sehingga pelajar-pelajar sekolah pun menjadi mangsa. Tapi dalam masa yang sama, Sang Perdana Menteri, dengan selamba buat hutang baru dengan Jepun dalam nilai Yen. Makin bankrap la Malaysia dibuatnya!!!

Source : Semut Hitam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.